Sunday 22 September 2013

Unit Amal dicadang bantu cegah jenayah

Assalamualaikum wbt saudara pengarang/ editor Harakah

Saya ingin memberikan cadangan supaya PAS selaku parti islam, jemaah Islam, harakah Islamiyah atau gerakan Islam bertindak proaktif dalam mencegah jenayah yang sangat menggerunkan di Malaysia ketika ini.

 Saban hari kita lihat , kita dengar pelbagai kes jenayah berlaku di seluruh negara, dari kes rompakan bersenjata, ragut, samun, pergaduhan, samseng jalanraya, jenayah rogol, bunuh dan terbaru tembakan ala mafia. Kekuatan anggota polis walaupun telah dipertingkatkan, kita lihat masih banyak berlaku jenayah seolah - olah kekurangan anggota dan walaupun rondaan dibuat namun kes jenayah masih berlaku dengan statistik yang sangat tinggi.. Malaysia tidak lagi selamat. Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa tak kira bangsa, agama, tempat dan masa. Sudah tiba masanya


PAS sebagai gerakan Islam, mempamerkan Islam yang syumul sama - sama menggembleng tenaga mewujudkan pasukan rondaan dan cegah jenayah kelolaan PAS sendiri. PAS sudah ada unit AMAL yang mana kecekapan dan keberkesanan mereka bertindak semasa menjaga dan membantu anggota polis mengawal lalu lintas semasa siri demonstrasi, ceramah politik, menjaga keselamatan pimpinan PAS, terlibat dalam operasi membantu mangsa bencana seperti banjir, tanah runtuh dan pelbagai lagi.


 Cadangan supaya PAS mewujudkan unit rondaan cegah jenayah mampu dilaksanakan. Apatah lagi dengan kekuatan ahli PAS yang berjumlah satu juta ahli belum termasuk penyokong PAS dan juga penyokong parti lain dalam pakatan rakyat, PAS mampu tampil ke hadapan dalam menjuarai isu ini dalam membantu menjaga kestabilan dan keamanan Malaysia.

 PAS dengan setiap markaz dan unit peti undi (UPU) mereka di cawangan - cawangan, masjid- masjid, pondok, sekolah agama di seluruh negara malah kehadiran meraka di seluruh negara menerusi sistem tersusun organisasi parti mampu membawa gerakan Islam PAS kehadapan dalam isu kenegaraan. Ini merupakan serampang dua mata yang bukan hanya membantu polis mencegah jenayah dan mengembalikan keamanan pada negara malah melatih ahli / anggota PAS untuk bersedia berkorban jika suatu hari negara kita diserang anasir luar, malah menaikkan imej jemaah Islam sebagai menterjemahkan konsep negara berkebajikan, menunjukkan Islam itu syumul dan praktikal, bukan sekadar mengajar di kelas dan masjid - masjid malah turut terjun untuk bersama - sama masyarakat, dekat di hati, mewujudkan jaringan sosial dan network civil society serta membantu PAS untuk lebih 'perform' dalam plihanraya akan datang.


 Rakyat di Venuezela sudah menggerakkan pasukan rondaan jenayah mereka sendiri secara berkumpulan dengan menaiki motosikal dan mengadakan check point di tempat - tempat kadar jenayah yang sangat tinggi. Ikhwanul Muslimin teguh dengan jaringan sivil mereka dengan membina sekolah, hospital, kempen kebajikan dan kemasyarakat, maka dengan itu kita lihat hari ini penyokong Ikhwanul Muslimin terus bertahan walau hampir sebulan selepas kudeta oleh As Sisi.


 PAS juga saya yakin dengan jaringan Unit AMAL, lain2 NGO di bawahnya dan kerja - kerja kebajikan seperti menyantuni mereka di Lorong Haji Iaib, majlis iftar dan pmeberian harakah percuma mampu menterjemahkan konsep Islam yang syumul, kamil dan mutakkamil melalui penubuhan unit cegah jenayah dan unit rondaan ini. Parti politik mampu melakukannya kerana mereka punya ahli dan penyokong yang ramai, apatah lagi PAS sebagai sebuah harakah islamiyah, mampu untuk menterjemahkan teori dan laungan negara



 Disiarkan oleh : Harakahdaily.net – “Unit Amal dicadang bantu cegah jenayah” – 30 July 2013

Sunday 26 May 2013

Medical Doctor!

Alhamdulillah! I finished my study already, finished my last exam already! I have become a medical doctor! Dr. Al Qs! alhamdulillah! Allahu Akbar!

Wednesday 22 May 2013

Cabaran Kebangkitan di Asia Barat

Apabila kita menyebut tentang cabaran yang datang dari kuasa besar kepada umat Islam, yang dimaksudkan di sini ialah cabaran luar yang datang dari Amerika dan Israel, yang tentunya tidak akan memberikan kemenangan revolusi Islam secara percuma. Apatah lagi, negara-negara teluk merupakan sumber tenaga kepada dunia yang membekalkan petrol dan gas. Terusan Suez merupakan laluan utama kapal-kapal menyalurkan bekalan tenaga tersebut kepada negara-negara di Eropah dan Amerika.


 Oleh itu, sebarang perubahan yang memberikan ancaman kepada Barat, mereka tidak akan sama sekali memberikan kebebasan secara percuma. Pada tahun 1956, apabila rejim Gamal Abdel Naser memilik-negara Terusan Suez, lalu ketika itu negara-negara Pro-Barat mula melancarkan serangan kepada Mesir melalui pakatan tiga serangkai yang didalangi British, Perancis dan Israel. Serangan tersebut dilakukan kerana Mesir dianggap cuba menyekat laluan sumber-sumber keperluan mereka melalui Terusan Suez. Krisis Di Libya Situasi kebangkitan rakyat antara Mesir dan Libya berbeza.


Di Mesir, rakyat berjaya memenangi hati tentera untuk menyokong revolusi mereka. Tetapi keadaan ini sangat sukar berlaku di Libya kerana revolusi di negara itu bertukar kepada peperangan yang melibatkan kerajaan dengan rakyat. Manakala kejatuhan Kolonel Gaddafi turut berbeza dengan nasib yang dialami oleh Zine El Ebidin (Tunisia) dan Hosni Mubarak (Mesir). Kedua-dua diktator ini ditumbangkan oleh kebangkitan revolusi rakyat, manakala Libya pula berakhir dengan perang sivil, di mana rakyat Libya yang memberontak dibantu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara - Negara Eropah (NATO). Hakikatnya, kerjasama yang dihulurkan NATO kepada rakyat Libya lebih memberikan ancaman berbanding sebuah janji dan harapan.


Hal ini berlaku kerana, Libya merupakan negara yang memberikan sumber 1/3 bekalan minyak ke Eropah. Libya juga merupakan negara ahli Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang menyalurkan sumbernya kepada 2 syarikat minyak antarabangsa iaitu BP (British) dan Shell (Belanda). Hasil minyak Libya menjadikan negara tersebut pengeluar minyak terbesar di Afrika dan berada di tempat kedua belas dunia. Libya juga memiliki saluran paip minyak menuju ke Eropah melalui Itali. Kerana itu, Eropah sangat bimbang jika saluran minyak di Libya jatuh ke tangan orang yang akan menyekat sumber tersebut ke negara mereka. Oleh sebab itu, Perancis dan British menjadi negara yang awal menyokong penentangan rakyat terhadap rejim Kolonel Muammar Gaddafi.


 Dalam masa yang sama, Amerika pula mengadakan hubungan demokratik dengan rejim Gaddafi ini. Tindakan Amerika ini seolah-olah sengaja mahu mewujudkan dua blok pemerintahan di Libya, iaitu satu blok penyokong Gaddafi dan satu blok lagi untuk penentangnya, sebagaimana yang dilakukan Amerika kepada Vietnam, adanya blok Vietnam Utara dan Vietnam Selatan, ataupun Korea Utara dan Korea Selatan. Hal ini menunjukkan betapa tidak jujurnya Barat menyelesaikan konflik antarabangsa. Campur tangan NATO ke atas mana-mana negara bergolak di Asia Barat tidak akan menghasilkan penyelesaian yang baik, malah akan menambahkan lagi kekacauan negara yang ditanganinya.



Contohnya dalam konflik di Libya, kemungkinan kejatuhan Gaddafi akan digantikan dengan kepimpinan baharu yang sama zalimnya. Pertubuhan NATO merupakan satu-satunya gerakan imperealis Barat yang masih wujud sehingga ke hari ini. Mereka mencampuri urusan negara-negara lain kononnya untuk memberikan manfaat kepada penduduk tempatan. Sedangkan matlamat mereka adalah matlamat yang sama terpakai dalam penjajahan Amerika ke atas Afghanistan dan Iraq.


 Apabila NATO membekukan aset-aset Gaddafi, alasan yang mereka berikan kononnya untuk menghentikan hasil korupsi ke atas rakyat Libya. Kerana itu, tanpa kita sedar tiada yang memprotes tindakan NATO, seolah-olah mereka memang berhak membekukan wang orang yang dituduh korupsi. Jumlah aset Gaddafi yang dibekukan adalah berjumlah $150 juta dollar, jika-pun Gaddafi itu pemimpin yang tidak baik, persoalannya di sini, ke mana wang itu sekarang? Siapakah yang memanfaatkannya? Krisis Di Yaman Di Yaman berlaku krisis kabilah yang turut membawa kepada campur tangan kuasa Barat.


 Ketika krisis ini berlaku, gerakan-gerakan Islam di dunia Arab meminta jasa baik PAS untuk menyelesaikan pertembungan di sana. Peperangan saudara yang berlaku di antara kerajaan Yaman yang dipimpin Ali Abdullah Salleh, masyarakat Syiah Zaidiyyah (mazhab Syiah yang berbeza dengan Syiah yang diamalkan di Iran), pemberontak Houthi di Utara Yaman dan kumpulan Al Qaedah.


 Pergolakan di Yaman juga turut dibayangi senario pertembungan blok Utara dan Selatan Yaman sehingga menyebabkan rakyatnya bangkit mahukan reformasi menyeluruh melibatkan politik dan ekonomi, bagi memastikan negara itu dapat bergerak seperti negara normal yang bukan dikuasai seorang pemimpin dan kumpulan-kumpulan elit-nya sahaja. Saya meminta pandangan Dr.Yusuf Al Qaradawi mengenai krisis yang berlaku di Yaman, kemudian beliau terus mewakilkan saya pergi ke Yaman untuk meninjau sendiri masalah yang berlaku. Saya bersama rakan-rakan Lujnah Politik Antarabangsa PAS seramai 2 orang telah pergi ke Yaman, dan turut bersama kami ialah wakil-wakil diplomatik kerajaan Malaysia. Kita sedar bahawa PAS bukan institusi kerajaan, oleh kerana itu PAS melalui saluran diplomatik kerajaan ke Yaman. Inilah keterbukaan kita, sebagai gerakan Islam kita tidak akan selama-lamanya berkelahi 24 jam dengan kumpulan kerajaan yang memusuhi PAS.



 Ada waktu kita perlu bekerjasama, dan ada waktu juga kita perlu bertikam lidah. Mereka yang berada di dalam gerakan Islam mesti faham kaedah ini. Sebagai contoh dalam isu Palestin, PAS menentang Israel, UMNO juga mendakwa mereka membenci Israel, tetapi dalam masalah pemilikan negara bagi rakyat Palestin, pendirian PAS dan UMNO berbeza. UMNO mengambil pendekatan PBB yang mengkehendaki kewujudan dua buah negara iaitu negara Palestin dan negara Israel, sebaliknya prinsip PAS tidak mengiktiraf negara Israel. Ini perbezaan antara UMNO dan PAS.


 Dalam isu di Yaman, Lujnah Politik Antarabangsa PAS bersama kerajaan Malaysia cuba menyelesaikan konflik yang berlaku. Alhamdulillah, respon ulama-ulama di Yaman cukup baik, malah mereka sendiri merasa malu dengan kesungguhan wakil kerajaan Malaysia yang datang dari jauh menyelesaikan masalah mereka. Di sana kami mendapat maklumat-maklumat baharu mengenai kekacauan sebenar yang berlaku di Yaman. Huru-hara di Yaman turut didalangi oleh Muammar Gaddafi, pemimpin Libya yang sangat pelik tabiatnya. Gaddafi yang telah dibunuh oleh rakyatnya, telah membiayai pergerakan Al Houthi (juga kumpulan yang didakwa bermazhab Syiah tetapi berbeza dengan Syiah Zaidiyyah) untuk melakukan huru-hara di Yaman, termasuklah kekacauan di Arab Saudi, manakala sentimen puak dan ideologi antara Houthi dan Al Qaedah, menjadi punca Ali Abdullah berada di puncak konflik negaranya.


 Ali Abdullah, selain menghadapi tuntutan-tuntutan rakyatnya yang tidak dipenuhi, kerajaan Yaman turut berdepan ancaman Al Qaedah yang berkubu kuat di kawasan-kawasan yang tidak dikuasai kerajaan pusat, dan ia menyebabkan Yaman lebih terdedah kepada ancaman yang lebih besar iaitu campurtangan Amerika yang masih berkempen "perang menentang keganasan". Ada yang mengatakan bahawa Al Qaedah ini didalangi Amerika untuk menimbulkan keributan di dalam negara Islam, mungkin ada benarnya. Gerakan Al Qaedah perlu disedari oleh kita, di sana terdapat kumpulan Islam yang mempunyai semangat yang berkobar-kobar memperjuangkan Islam, tetapi tidak feqah (tidak faham kaedah Islam).


 Feqah ini bukan sahaja ada pada permasalahan ibadat seperti haji, puasa, zakat dan sebagainya, jihad juga mempunyai feqahnya yang tersendiri. Umpamanya orang yang melontar batu di jamrah, jika dia tidak feqah tentang rukunnya, maka batu yang akan dilontar bukannya sebesar kerikil tetapi sebesar kepala. Berdasarkan krisis yang berlaku di Yaman, konflik sebenarnya bukanlah masalah pertikaian mazhab antara Sunnah dan Syiah, tetapi adalah disebabkan sistem 'berat sebelah' yang diamalkan oleh kerajaan Ali Abdullah.


 Kerajaan Yaman telah membiarkan penempatan masyarakat Syiah Zaidiyyah tanpa bantuan dan dana kerajaan, tiada peluang pekerjaan diberikan, tiada kemudahan-kemudahan asas dan tiada projek yang boleh meningkatkan taraf kehidupan mereka, malah hak mereka untuk mendirikan sekolah turut dihalang. Ketidak-seimbangan pembangunan ini boleh menyebabkan penyakit, ia bukannya mengukuhkan kerajaan tetapi menggoncangkan kerajaan.


Bila berlakunya diskriminasi, rakyat akan bangkit menjatuhkan kerajaan. Islam mengajar kita bersikap adil, tidak kira sama ada rakyat itu berbeza sokongan politik, berbeza agama, mahupun mazhabnya, Islam tetap mengajar umatnya supaya berlaku adil. \ Krisis Di Syria Rata-rata gerakan Islam di seluruh dunia sebelum ini pernah memuji banyak tindakan-tindakan politik kerajaan Syria, iaitu ketika mereka membantu gerakan jihad seperti HAMAS, HizbuLlah dan mempunyai hubungan yang rapat dengan Iran.

Kedua-dua negara tersebut (Iran dan Syria) pernah menandatangani perjanjian membatalkan visa sebagai tanda persahabatan. Seluruh gerakan Islam bersetuju dengan sikap kerajaan Syria yang sering menjadi 'incaran' kuasa-kuasa Barat terutama sekutu mereka iaitu Israel, tetapi di sebalik sokongan itu, gerakan Islam di seluruh dunia tetap tidak setuju dan menentang perbuatan presiden mereka iaitu Basyar Al Assad yang menindas rakyatnya sendiri.

 Pada tahun 1982, ayah Basyar Al Assad iaitu Hafez Al Assad pernah mengebom masjid-masjid dan membunuh beribu-ribu aktivis Ikhwanul Muslimin yang didakwa sebagai golongan pemberontak (bughah). Ketika rakyat Syria bangkit menuntut perubahan dari situasi yang buruk pemerintah Basyar Al Assad, Basyar muncul bersama tenteranya melawan rakyat dengan aksi yang ganas seperti yang pernah dilakukan ayahnya dahulu.


 Ketika wacana kebangkitan Islam di Tehran, saya telah memberikan cadangan kepada kerajaan Iran supaya mengubah polisi hubungan baik negara mereka dengan Syria, dan meminta Iran supaya menyokong 'suara rakyat' di Syria dengan cara menekan kerajaan Basyar Al Assad. Hal ini jugalah yang menjadi kekecewaan kepada Sheikh Mahdi Akef apabila Iran masih tidak meminda polisi hubungan baik antara negara tersebut dengan Syria.

 Memanglah pakatan Syria-Iran menjadi ancaman bagi Amerika, tetapi pendirian yang sepatutnya dipegang oleh kerajaan Iran sekarang ini ialah memutuskan hubungan baiknya dengan kerajaan Basyar Al Assad apabila rakyatnya diperlakukan dengan kejam. Malanglah apabila pemimpin-pemimpin di dalam negara Islam tidak bermaruah, sukar ditegur, dan mereka tidak kembali kepada ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw seperti yang diperjuangkan oleh Para Sahabat Baginda saw. Saidina Abu Bakar ra sendiri pernah menyebut di hadapan rakyatnya, "Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dipilih menjadi ketua kamu, jika aku melakukan hal yang baik maka bantulah aku, dan jika aku tersilap maka perbetulkan aku". Hal yang sama turut diungkapkan oleh Umar Al Khattab ra, "Sesiapa yang melihat berlakunya kepadaku penyelewengan, maka perbetulkanlah aku". 

 Selagi pemimpin-pemimpin kita tidak mahu mengubah sikap ke arah mendaulatkan Islam, selama itulah umat Islam akan terhantuk berkali-kali ditempat yang sama. Krisis di Palestin "Israel Raya" bukanlah misi yang baharu, ia adalah misi yang diwujudkan secara haram oleh kuasa besar dunia selepas Perang Dunia ke-2, bagi mengotakan perjanjian Balfour yang melibatkan kerajaan British dengan Israel. Ini kerana kerajaan British telah dibantu pelobi-pelobi Israel sejak Perang Dunia Pertama lagi. 


Penubuhan negara Israel adalah haram mengikut hukum agama termasuklah hukum undang-undang antarabangsa ciptaan manusia. Ini kerana, ia ditubuhkan dengan cara merampas daripada penduduk asalnya dan menghalau sebahagian besar daripada mereka. Negara kuasa besar dunia memejam mata bagi menghilangkan sifat perikemanusiaan daripada menangani jenayah bersejarah ini demi kepentingan mereka. Bahkan sebahagian pemimpin negara itu dibantu oleh wang dan media golongan zionis untuk berkuasa. Perkara ini ditambah lagi dengan sikap tidak saksama negara besar yang menghalalkan negara haram Israel memiliki senjata pemusnah yang diharamkan undang-undang antarabangsa.



 Bagi umat Islam pula, sudah menjadi kewajiban yang terpundak ke atas kita semua untuk membebaskan Palestin, sama ada jauh atau dekat, bangsa Arab mahupun bukan Arab. Haram menerima kewujudan negara haram. Maka PAS yang berdasarkan Islam menolak penyelesaian wujud dua negara (two-states solution), satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis. Bagi kita, hanya satu negara Palestin sahaja bagi penduduknya yang berhak.

Walaupun ada di kalangan negara Arab yang menerima penyelesaian dengan cara mewujudkan dua negara, ketahuilah bahawa Palestin bukan hak orang Arab sahaja, Palestin adalah hak umat Islam seluruhnya. Penutup Apabila kita kembali ke pangkuan Islam, insya Allah kita akan diberikan kemenangan, sama ada kemenangan itu lahir dari bentuk yang dapat dilihat ataupun tidak kelihatan dari pandangan mata.

 Sebaliknya apabila kita meninggalkan Islam, kita akan menerima penghinaan daripada musuh-musuh Islam tanpa belas kasihan. Jangan kita beranggapan, revolusi yang berlaku di seluruh dunia ini menjadi laluan mudah kebangkitan Islam, apatah lagi jika kebangkitan itu dijenterai oleh emosi semata-mata. Dunia Islam perlu bangkit, bangkit dengan roh dan cita-cita menegakkan Islam, serta bersatu menghalakan perjuangan untuk menumbangkan hegemoni global yang dicaturkan oleh musuh-musuh Islam. Cabaran kita dengan gerakan-gerakan Islam yang lain adalah sama, kerana perjuangan kita dengan mereka memiliki matlamat yang serupa iaitu menegakkan kalimah Allah dan membantu agama-Nya.



 (Olahan dari Wacana Asia Barat yang disampaikan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Shah Alam 2012)

Monday 29 April 2013

Last State Examination

1 more exam and this will be the last state examination, Social Medicine, Law and Epidemiology before graduating as a medical doctor soon.. last class finished today, yey! no more class and officially the academic syllabus is over for the 6th year course of General Medicine here.. Alhamdulillah.. now just need to finish the GP training here in private clinics till this friday and can start to focus on the last exam which will be coming soon in less than 2 weeks.. upon graduation will be receiving Medicinae Universae Doctor ( MUDr) equivalent as Medical Doctor ( MD ) and Bachelor of Medicine and Surgery ( MBBS ) in the other countries.. MUDr = MD = MBBS .. insyaAllah.. I am now applying to Scandinavian countries but no reply so far from them.. hope the best and may Allah ease the journey and help me to work harder for this ummah, amin

Tuesday 23 April 2013

Kapten Ustaz Asri Khalek: Perancangan Allah lebih hebat

kita perlukan lebih ramai org mcm ni masuk dalam angkatan tentera, polis, doktor, ahli politik, jurutera, pegawai tadbir diplomatik, semua key strategic position

Wednesday 17 April 2013

Kumpulan islam

ada banyak jemaah / kumpulan / gerakan / puak / organisasi yang bercitra dan bernuansa islam di seluruh dunia termasuk Malaysia.

adanya kepelbagaian bidang dan sektor mencambahkan gerakan / kumpulan yang berbeza - beza.
Malah dengan ragam manusia, sifat, charakter dan minat yang macam - macam membawa kepada
keprluan kumpulan yang berbeza - beza untuk cater segala jenis ragam / minat manusia yang pelbagai.

ada yang minat dengan ruh tarbiyah kerohanian semata - mata, ada yang gemar dakwah ala
street dakwah kpd non muslim, ada yang gemar dgn majlis ilmu septi kupasan hadis - hadis sahih atau kuliah tafsir, ada yng minat dengan membentuk manusia, ada yang minat dengan military development

perlunya Islam di perjuangkan di persada politik, dakwah bagi yang dah muslim, dakwah pada yang murtad,
dakwah pada yang belum islam, bina prasarana asas seperti surau, masjid, , bekalan Al Quran, kitab2, hadis,
menubuhkan institusi pengajian islam, dari peringkat tadika hingga ke sekolah rendah, menengah dan universiti, insittusi hafazan, undang - undang islam, kajian, institusi penyelidikan,
bidang makanan, industri, hasil pembuatan, teknologi, ketenteraan, komunikasi dan media
akhabr dan majalah, hiburan, ekonomi, perniagaan, pengurusan kewangan, hubungan networking seluruh dunia muslim non muslim, bidang penerbitan dan penulisan buku, kerja2 saintifik, semuanya memerlukan petugas dan aktivis gerakan islam.

jadi sebenarnya kwujudan banyak gerakan islam tidaklah melambatkan / menyusahkan sekiranya
diurus dengan baik.. bukan bersaing sesama sendiri malah jatuh menjatuhkan sesama sendiri


fokus pada 1 - 2 bidang utama yang menjadi kepakaran utama anda, yang lain serahkan pada gerakan islam yang lain.
mantapkan organisasi melalui koordinator dan pnyelarasan kerja2 islam..


PAS - mereka adalah yang berjuang di medan politik dan politik mmerlukan tenaga yang banyak..wang, culaan undi, petuga bilik gerakan, bilik operasi, markaz media, banner kempen dan bendera termasuk tugas memberi kuliah di surau2 dan masjid2, termasuk menjaga taska untuk kanak maka mereka mmerlukan tenaga..mereka juga punya kelebihan dalam ahli grassroot yang fanatik dan kuat berdisiplin malah wala' pada jemaah..mempunyai jaringan media seprti Harakah


ISMA - kepakaran dalam mengulas isu syiah dan liberal, menerangkan pada masyarakat, mudah didekati kelompok nasionalis yang mahu pada islam, boleh beroperasi bebas di luar negara dan IPTA secara terbuka, boleh bekerjasama dengan kerajaan UMNO bagi menjalankan agenda islamisasi dan dasar - dasar penerapan islam legasi Tun Dr Mahathir.


IKRAM - bersifat mentarbiyah ahli dan mencampakkan ahli binaan tarbiyah mereka ke seluruh bidang yang ada seperti graduan doktor perubatan ke IKRAM Health, membuka sekolah sekolah rendah dan menengah islam, membina jaringan dengan non muslim melalui hidayah centre, street dakwah, membina halaqah dan menjadi usrah satu fenomena biasa di kalangan anak muda..

Jemaah tabligh - bertebaran serata dunia dengan berkdawah mengajak manusia ke masjid..
sampai di masjid, mereka mendengar kuliah pula yang dismpaikan olej ustaz / imam lantikan kerajaan UMNO, isma atau ustaz dari PAS atau IKRAM maka ia satu continuation dan flow

Jemaah salafi / salafussoleh - membetulkan akidah, mengajar ttg akidah yang sahih, rujuk kpd hadis yang sahih, menolak bidaah..mereka juga berperanan membershikan masyarakat yg telah dibina atau ditarik dari
jemaah / kumpulan lain sebleum ini utk mnejadi lebih baik dan lebih baik ibadahnya



ABIM ,haluan dan banyak lagi jemaah islam di malaysia
maka tidak perlu bertelagah, harmoni kan ukhwah

selarasakan gerak kerja, buat kerja banyak pada masa yang sama tapi jika tidak mampu,
serahkan pada gerakan / kumpulan yang mampu

persoalannya kita di mana?
tengok je , sokong saje atau menentang?

mari sumbangkan apa yg kita mampu.

tenaga, harta, masa, idea, ilmu, kepakaran, jasad utk islam.


bersama kita bina negara yang aman dan harmoni
malaysia yang maju dan beriman
semoga Islam menang di malaysia dan seluruh dunia

Wednesday 6 March 2013

Kenangan kehidupan




Assalamualaikum lidah lembut pembuka kata
Sebelum kita berborak, sebelum kita berbicara
Aku bismillah tanda aku mula cara
Kita jauhi segala buruk prasangka
Yang telah diceritakan pahit di bibir mereka
Betulkan tutur kata dalam bertikam lidah
Mahu bertaruh, menaruh apakah?
Ada pena aku mengukir kata
Menulis mantera bagaikan membina arca
Dalam menyampaikan berita , bijak menyusun kata
Inilah sajak, jangan risau ia tidak bersenjata
Sehalus bahasa, secantik rupa dan budaya
Agar bahasa terus diperkasa
Bisik bisik aku nak merisik
Saka apa ada dalam tasik?
Bukan naga chini atau temasik
Shahibul hikayat ,ha aku kuat mengusik

Pertama kali sampai, rasa sebak hati
1st time pergi oversea, jauh dari keluarga menuntun hati
Tapi kerana kawan sekeliling di sisi
Bersama kita harungi perjuangan ini walau airmata berlinang di pipi
Tahun 1 oh anatomy
Rimasnya aku apa kebenda ni
Campur pulak dengan chemistry
Tidurku nyenyak tiada lagi bermimpi
Enak semerbak haruman diiringi teriak paluan
Seribu adunan alunan kata aluan
Berikan laluan pada yang tiada haluan
Raung dalam mimpi satu pertarungan
Tahun 2 histo neuroanat menjengah
Aduh penat termengah mengah
Entahkah sempat ku menelaah?
Tahun ini pasti kuhabiskan exam awal, takkan ku mengalah
Bangun bangun
Pacak kaki atas duri
Lihat siapa rebah, siapa berdiri
Susah payah kita di sini, akhirnya insyaAllah kejayaan kita kecapi
Tahun 3 pathophysio dan patho datang menjenguk
Ada yang geleng geleng ada yang terangguk angguk
Tak kurang ada yang tersengguk kerana mengantuk
Ah apalah sangat dibanding dengan saudara kita dalam perang yang berkeceramuk?
Muhasabah diri kalam tusuk ke hati
Denyutan nadi berhenti pasti kita mati
Syukur pada ilahi kerana kita masih diberi peluang ini
Tahun 4 pharmaco dan neuro teman baru
Habiskan exam cepat, nanti haru biru
Usaha baca sampai tidur dengan buku
Teringat balik bagai ditusuk sembilu
Tahun 5 datang pula
Paediatrics state exam buat gundah gulana
Tapi lepas usaha tuhan kan ada?
Usaha terus dan doa itu senjata
Ayat ayat panas bagaikan semarak api
Untuk cita – cita keluarga dan diri
Bagai inderaloka salah satu destinasi
Yang akan kita kejar akhir dunia nanti
Gelombang suara lantang buat kita terbang
Terbang melayang ke bintang melayang terus melayang
Kini mula terpampang hasilnya garang
Garang dengan kehidupan yang dikarang bagai seladang
Jika nanti kami pergi dan takkan bangun
Bersyukur sujud sejadah sempat kami buat korang mengelamun
Bangun dari mimpi elak harga diri disamun
Pertahankan bakat sendiri dari lanun lanun
Tahun 6 akhirnya kami sampai
Oh 4 state exam melambai lambai
Takpa ijazah yang mahu kami gapai
Cita cita terus kami kejar insyaAllah kami capai
Jatuh bangun lumrah kehidupan
Apatah lagi dalam perjuangan
Mengejar cita cita dan harapan
Untuk kebaikan umat masyarakat masa hadapan
Kita di sini bagai satu keluarga
Berlumba kita bersaing kita
Jangan sampai ada yang dipijak dan diluka
Hulurkan tangan bangun sama sama
Kejar hasrat tersingkap di dada
Kalau ada yang susah kita tolong tolongkan
Yang tidak faham kita ajarkan
Jangan sombong pentingkan diri
Jangan sampai ada yang ditindas mati
Kita hidup di sini bukan ini akhirnya destinasi
Pasti kita bertemu lagi nanti
Maka jagalah adab dan tutur kata
Mungkin kelakuan kita asbab kita dinafikan syurga
Hanya pada tuhan kita berserah
Jangan pernah menyerah kalah
Biar remuk, pecah dan patah
Kejayaan itu yang akhirnya sangat indah
Diam seribu bahasa kulafazkan
Ku mohon sahabat semua maafkan
Terlajak kata maaf dipinta
Kelak bertemu kita di Malaysia doktor Berjaya!
-tamat-