Assalamualaikum wbt saudara pengarang/ editor Harakah
Saya ingin memberikan cadangan supaya PAS selaku parti islam, jemaah Islam, harakah Islamiyah atau gerakan Islam bertindak proaktif dalam mencegah jenayah yang sangat menggerunkan di Malaysia ketika ini.
Saban hari kita lihat , kita dengar pelbagai kes jenayah berlaku di seluruh negara, dari kes rompakan bersenjata, ragut, samun, pergaduhan, samseng jalanraya, jenayah rogol, bunuh dan terbaru tembakan ala mafia.
Kekuatan anggota polis walaupun telah dipertingkatkan, kita lihat masih banyak berlaku jenayah seolah - olah kekurangan anggota dan walaupun rondaan dibuat namun kes jenayah masih berlaku dengan statistik yang sangat tinggi.. Malaysia tidak lagi selamat.
Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa tak kira bangsa, agama, tempat dan masa.
Sudah tiba masanya
PAS sebagai gerakan Islam, mempamerkan Islam yang syumul sama - sama menggembleng tenaga mewujudkan pasukan rondaan dan cegah jenayah kelolaan PAS sendiri.
PAS sudah ada unit AMAL yang mana kecekapan dan keberkesanan mereka bertindak semasa menjaga dan membantu anggota polis mengawal lalu lintas semasa siri demonstrasi, ceramah politik, menjaga keselamatan pimpinan PAS, terlibat dalam operasi membantu mangsa bencana seperti banjir, tanah runtuh dan pelbagai lagi.
Cadangan supaya PAS mewujudkan unit rondaan cegah jenayah mampu dilaksanakan. Apatah lagi dengan kekuatan ahli PAS yang berjumlah satu juta ahli belum termasuk penyokong PAS dan juga penyokong parti lain dalam pakatan rakyat, PAS mampu tampil ke hadapan dalam menjuarai isu ini dalam membantu menjaga kestabilan dan keamanan Malaysia.
PAS dengan setiap markaz dan unit peti undi (UPU) mereka di cawangan - cawangan, masjid- masjid, pondok, sekolah agama di seluruh negara malah kehadiran meraka di seluruh negara menerusi sistem tersusun organisasi parti mampu membawa gerakan Islam PAS kehadapan dalam isu kenegaraan.
Ini merupakan serampang dua mata yang bukan hanya membantu polis mencegah jenayah dan mengembalikan keamanan pada negara malah melatih ahli / anggota PAS untuk bersedia berkorban jika suatu hari negara kita diserang anasir luar, malah menaikkan imej jemaah Islam sebagai menterjemahkan konsep negara berkebajikan, menunjukkan Islam itu syumul dan praktikal, bukan sekadar mengajar di kelas dan masjid - masjid malah turut terjun untuk bersama - sama masyarakat, dekat di hati, mewujudkan jaringan sosial dan network civil society serta membantu PAS untuk lebih 'perform' dalam plihanraya akan datang.
Rakyat di Venuezela sudah menggerakkan pasukan rondaan jenayah mereka sendiri secara berkumpulan dengan menaiki motosikal dan mengadakan check point di tempat - tempat kadar jenayah yang sangat tinggi.
Ikhwanul Muslimin teguh dengan jaringan sivil mereka dengan membina sekolah, hospital, kempen kebajikan dan kemasyarakat, maka dengan itu kita lihat hari ini penyokong Ikhwanul Muslimin terus bertahan walau hampir sebulan selepas kudeta oleh As Sisi.
PAS juga saya yakin dengan jaringan Unit AMAL, lain2 NGO di bawahnya dan kerja - kerja kebajikan seperti menyantuni mereka di Lorong Haji Iaib, majlis iftar dan pmeberian harakah percuma mampu menterjemahkan konsep Islam yang syumul, kamil dan mutakkamil melalui penubuhan unit cegah jenayah dan unit rondaan ini.
Parti politik mampu melakukannya kerana mereka punya ahli dan penyokong yang ramai, apatah lagi PAS sebagai sebuah harakah islamiyah, mampu untuk menterjemahkan teori dan laungan negara
Disiarkan oleh : Harakahdaily.net – “Unit Amal dicadang bantu cegah jenayah” – 30 July 2013
No comments:
Post a Comment