Assalamualaikum wbt saudara pengarang/ editor Harakah
Saya ingin memberikan cadangan supaya PAS selaku parti islam, jemaah Islam, harakah Islamiyah atau gerakan Islam bertindak proaktif dalam mencegah jenayah yang sangat menggerunkan di Malaysia ketika ini.
Saban hari kita lihat , kita dengar pelbagai kes jenayah berlaku di seluruh negara, dari kes rompakan bersenjata, ragut, samun, pergaduhan, samseng jalanraya, jenayah rogol, bunuh dan terbaru tembakan ala mafia.
Kekuatan anggota polis walaupun telah dipertingkatkan, kita lihat masih banyak berlaku jenayah seolah - olah kekurangan anggota dan walaupun rondaan dibuat namun kes jenayah masih berlaku dengan statistik yang sangat tinggi.. Malaysia tidak lagi selamat.
Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa tak kira bangsa, agama, tempat dan masa.
Sudah tiba masanya
PAS sebagai gerakan Islam, mempamerkan Islam yang syumul sama - sama menggembleng tenaga mewujudkan pasukan rondaan dan cegah jenayah kelolaan PAS sendiri.
PAS sudah ada unit AMAL yang mana kecekapan dan keberkesanan mereka bertindak semasa menjaga dan membantu anggota polis mengawal lalu lintas semasa siri demonstrasi, ceramah politik, menjaga keselamatan pimpinan PAS, terlibat dalam operasi membantu mangsa bencana seperti banjir, tanah runtuh dan pelbagai lagi.
Cadangan supaya PAS mewujudkan unit rondaan cegah jenayah mampu dilaksanakan. Apatah lagi dengan kekuatan ahli PAS yang berjumlah satu juta ahli belum termasuk penyokong PAS dan juga penyokong parti lain dalam pakatan rakyat, PAS mampu tampil ke hadapan dalam menjuarai isu ini dalam membantu menjaga kestabilan dan keamanan Malaysia.
PAS dengan setiap markaz dan unit peti undi (UPU) mereka di cawangan - cawangan, masjid- masjid, pondok, sekolah agama di seluruh negara malah kehadiran meraka di seluruh negara menerusi sistem tersusun organisasi parti mampu membawa gerakan Islam PAS kehadapan dalam isu kenegaraan.
Ini merupakan serampang dua mata yang bukan hanya membantu polis mencegah jenayah dan mengembalikan keamanan pada negara malah melatih ahli / anggota PAS untuk bersedia berkorban jika suatu hari negara kita diserang anasir luar, malah menaikkan imej jemaah Islam sebagai menterjemahkan konsep negara berkebajikan, menunjukkan Islam itu syumul dan praktikal, bukan sekadar mengajar di kelas dan masjid - masjid malah turut terjun untuk bersama - sama masyarakat, dekat di hati, mewujudkan jaringan sosial dan network civil society serta membantu PAS untuk lebih 'perform' dalam plihanraya akan datang.
Rakyat di Venuezela sudah menggerakkan pasukan rondaan jenayah mereka sendiri secara berkumpulan dengan menaiki motosikal dan mengadakan check point di tempat - tempat kadar jenayah yang sangat tinggi.
Ikhwanul Muslimin teguh dengan jaringan sivil mereka dengan membina sekolah, hospital, kempen kebajikan dan kemasyarakat, maka dengan itu kita lihat hari ini penyokong Ikhwanul Muslimin terus bertahan walau hampir sebulan selepas kudeta oleh As Sisi.
PAS juga saya yakin dengan jaringan Unit AMAL, lain2 NGO di bawahnya dan kerja - kerja kebajikan seperti menyantuni mereka di Lorong Haji Iaib, majlis iftar dan pmeberian harakah percuma mampu menterjemahkan konsep Islam yang syumul, kamil dan mutakkamil melalui penubuhan unit cegah jenayah dan unit rondaan ini.
Parti politik mampu melakukannya kerana mereka punya ahli dan penyokong yang ramai, apatah lagi PAS sebagai sebuah harakah islamiyah, mampu untuk menterjemahkan teori dan laungan negara
Disiarkan oleh : Harakahdaily.net – “Unit Amal dicadang bantu cegah jenayah” – 30 July 2013
Sunday, 22 September 2013
Sunday, 26 May 2013
Medical Doctor!
Alhamdulillah!
I finished my study already, finished my last exam already!
I have become a medical doctor!
Dr. Al Qs!
alhamdulillah!
Allahu Akbar!
Wednesday, 22 May 2013
Cabaran Kebangkitan di Asia Barat
Apabila kita menyebut tentang cabaran yang datang dari kuasa besar kepada umat Islam, yang dimaksudkan di sini ialah cabaran luar yang datang dari Amerika dan Israel, yang tentunya tidak akan memberikan kemenangan revolusi Islam secara percuma. Apatah lagi, negara-negara teluk merupakan sumber tenaga kepada dunia yang membekalkan petrol dan gas. Terusan Suez merupakan laluan utama kapal-kapal menyalurkan bekalan tenaga tersebut kepada negara-negara di Eropah dan Amerika.
Oleh itu, sebarang perubahan yang memberikan ancaman kepada Barat, mereka tidak akan sama sekali memberikan kebebasan secara percuma. Pada tahun 1956, apabila rejim Gamal Abdel Naser memilik-negara Terusan Suez, lalu ketika itu negara-negara Pro-Barat mula melancarkan serangan kepada Mesir melalui pakatan tiga serangkai yang didalangi British, Perancis dan Israel. Serangan tersebut dilakukan kerana Mesir dianggap cuba menyekat laluan sumber-sumber keperluan mereka melalui Terusan Suez. Krisis Di Libya Situasi kebangkitan rakyat antara Mesir dan Libya berbeza.
Di Mesir, rakyat berjaya memenangi hati tentera untuk menyokong revolusi mereka. Tetapi keadaan ini sangat sukar berlaku di Libya kerana revolusi di negara itu bertukar kepada peperangan yang melibatkan kerajaan dengan rakyat. Manakala kejatuhan Kolonel Gaddafi turut berbeza dengan nasib yang dialami oleh Zine El Ebidin (Tunisia) dan Hosni Mubarak (Mesir). Kedua-dua diktator ini ditumbangkan oleh kebangkitan revolusi rakyat, manakala Libya pula berakhir dengan perang sivil, di mana rakyat Libya yang memberontak dibantu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara - Negara Eropah (NATO). Hakikatnya, kerjasama yang dihulurkan NATO kepada rakyat Libya lebih memberikan ancaman berbanding sebuah janji dan harapan.
Hal ini berlaku kerana, Libya merupakan negara yang memberikan sumber 1/3 bekalan minyak ke Eropah. Libya juga merupakan negara ahli Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang menyalurkan sumbernya kepada 2 syarikat minyak antarabangsa iaitu BP (British) dan Shell (Belanda). Hasil minyak Libya menjadikan negara tersebut pengeluar minyak terbesar di Afrika dan berada di tempat kedua belas dunia. Libya juga memiliki saluran paip minyak menuju ke Eropah melalui Itali. Kerana itu, Eropah sangat bimbang jika saluran minyak di Libya jatuh ke tangan orang yang akan menyekat sumber tersebut ke negara mereka. Oleh sebab itu, Perancis dan British menjadi negara yang awal menyokong penentangan rakyat terhadap rejim Kolonel Muammar Gaddafi.
Dalam masa yang sama, Amerika pula mengadakan hubungan demokratik dengan rejim Gaddafi ini. Tindakan Amerika ini seolah-olah sengaja mahu mewujudkan dua blok pemerintahan di Libya, iaitu satu blok penyokong Gaddafi dan satu blok lagi untuk penentangnya, sebagaimana yang dilakukan Amerika kepada Vietnam, adanya blok Vietnam Utara dan Vietnam Selatan, ataupun Korea Utara dan Korea Selatan. Hal ini menunjukkan betapa tidak jujurnya Barat menyelesaikan konflik antarabangsa. Campur tangan NATO ke atas mana-mana negara bergolak di Asia Barat tidak akan menghasilkan penyelesaian yang baik, malah akan menambahkan lagi kekacauan negara yang ditanganinya.
Contohnya dalam konflik di Libya, kemungkinan kejatuhan Gaddafi akan digantikan dengan kepimpinan baharu yang sama zalimnya. Pertubuhan NATO merupakan satu-satunya gerakan imperealis Barat yang masih wujud sehingga ke hari ini. Mereka mencampuri urusan negara-negara lain kononnya untuk memberikan manfaat kepada penduduk tempatan. Sedangkan matlamat mereka adalah matlamat yang sama terpakai dalam penjajahan Amerika ke atas Afghanistan dan Iraq.
Apabila NATO membekukan aset-aset Gaddafi, alasan yang mereka berikan kononnya untuk menghentikan hasil korupsi ke atas rakyat Libya. Kerana itu, tanpa kita sedar tiada yang memprotes tindakan NATO, seolah-olah mereka memang berhak membekukan wang orang yang dituduh korupsi. Jumlah aset Gaddafi yang dibekukan adalah berjumlah $150 juta dollar, jika-pun Gaddafi itu pemimpin yang tidak baik, persoalannya di sini, ke mana wang itu sekarang? Siapakah yang memanfaatkannya? Krisis Di Yaman Di Yaman berlaku krisis kabilah yang turut membawa kepada campur tangan kuasa Barat.
Ketika krisis ini berlaku, gerakan-gerakan Islam di dunia Arab meminta jasa baik PAS untuk menyelesaikan pertembungan di sana. Peperangan saudara yang berlaku di antara kerajaan Yaman yang dipimpin Ali Abdullah Salleh, masyarakat Syiah Zaidiyyah (mazhab Syiah yang berbeza dengan Syiah yang diamalkan di Iran), pemberontak Houthi di Utara Yaman dan kumpulan Al Qaedah.
Pergolakan di Yaman juga turut dibayangi senario pertembungan blok Utara dan Selatan Yaman sehingga menyebabkan rakyatnya bangkit mahukan reformasi menyeluruh melibatkan politik dan ekonomi, bagi memastikan negara itu dapat bergerak seperti negara normal yang bukan dikuasai seorang pemimpin dan kumpulan-kumpulan elit-nya sahaja. Saya meminta pandangan Dr.Yusuf Al Qaradawi mengenai krisis yang berlaku di Yaman, kemudian beliau terus mewakilkan saya pergi ke Yaman untuk meninjau sendiri masalah yang berlaku. Saya bersama rakan-rakan Lujnah Politik Antarabangsa PAS seramai 2 orang telah pergi ke Yaman, dan turut bersama kami ialah wakil-wakil diplomatik kerajaan Malaysia. Kita sedar bahawa PAS bukan institusi kerajaan, oleh kerana itu PAS melalui saluran diplomatik kerajaan ke Yaman. Inilah keterbukaan kita, sebagai gerakan Islam kita tidak akan selama-lamanya berkelahi 24 jam dengan kumpulan kerajaan yang memusuhi PAS.
Ada waktu kita perlu bekerjasama, dan ada waktu juga kita perlu bertikam lidah. Mereka yang berada di dalam gerakan Islam mesti faham kaedah ini. Sebagai contoh dalam isu Palestin, PAS menentang Israel, UMNO juga mendakwa mereka membenci Israel, tetapi dalam masalah pemilikan negara bagi rakyat Palestin, pendirian PAS dan UMNO berbeza. UMNO mengambil pendekatan PBB yang mengkehendaki kewujudan dua buah negara iaitu negara Palestin dan negara Israel, sebaliknya prinsip PAS tidak mengiktiraf negara Israel. Ini perbezaan antara UMNO dan PAS.
Dalam isu di Yaman, Lujnah Politik Antarabangsa PAS bersama kerajaan Malaysia cuba menyelesaikan konflik yang berlaku. Alhamdulillah, respon ulama-ulama di Yaman cukup baik, malah mereka sendiri merasa malu dengan kesungguhan wakil kerajaan Malaysia yang datang dari jauh menyelesaikan masalah mereka. Di sana kami mendapat maklumat-maklumat baharu mengenai kekacauan sebenar yang berlaku di Yaman. Huru-hara di Yaman turut didalangi oleh Muammar Gaddafi, pemimpin Libya yang sangat pelik tabiatnya. Gaddafi yang telah dibunuh oleh rakyatnya, telah membiayai pergerakan Al Houthi (juga kumpulan yang didakwa bermazhab Syiah tetapi berbeza dengan Syiah Zaidiyyah) untuk melakukan huru-hara di Yaman, termasuklah kekacauan di Arab Saudi, manakala sentimen puak dan ideologi antara Houthi dan Al Qaedah, menjadi punca Ali Abdullah berada di puncak konflik negaranya.
Ali Abdullah, selain menghadapi tuntutan-tuntutan rakyatnya yang tidak dipenuhi, kerajaan Yaman turut berdepan ancaman Al Qaedah yang berkubu kuat di kawasan-kawasan yang tidak dikuasai kerajaan pusat, dan ia menyebabkan Yaman lebih terdedah kepada ancaman yang lebih besar iaitu campurtangan Amerika yang masih berkempen "perang menentang keganasan". Ada yang mengatakan bahawa Al Qaedah ini didalangi Amerika untuk menimbulkan keributan di dalam negara Islam, mungkin ada benarnya. Gerakan Al Qaedah perlu disedari oleh kita, di sana terdapat kumpulan Islam yang mempunyai semangat yang berkobar-kobar memperjuangkan Islam, tetapi tidak feqah (tidak faham kaedah Islam).
Feqah ini bukan sahaja ada pada permasalahan ibadat seperti haji, puasa, zakat dan sebagainya, jihad juga mempunyai feqahnya yang tersendiri. Umpamanya orang yang melontar batu di jamrah, jika dia tidak feqah tentang rukunnya, maka batu yang akan dilontar bukannya sebesar kerikil tetapi sebesar kepala. Berdasarkan krisis yang berlaku di Yaman, konflik sebenarnya bukanlah masalah pertikaian mazhab antara Sunnah dan Syiah, tetapi adalah disebabkan sistem 'berat sebelah' yang diamalkan oleh kerajaan Ali Abdullah.
Kerajaan Yaman telah membiarkan penempatan masyarakat Syiah Zaidiyyah tanpa bantuan dan dana kerajaan, tiada peluang pekerjaan diberikan, tiada kemudahan-kemudahan asas dan tiada projek yang boleh meningkatkan taraf kehidupan mereka, malah hak mereka untuk mendirikan sekolah turut dihalang. Ketidak-seimbangan pembangunan ini boleh menyebabkan penyakit, ia bukannya mengukuhkan kerajaan tetapi menggoncangkan kerajaan.
Bila berlakunya diskriminasi, rakyat akan bangkit menjatuhkan kerajaan. Islam mengajar kita bersikap adil, tidak kira sama ada rakyat itu berbeza sokongan politik, berbeza agama, mahupun mazhabnya, Islam tetap mengajar umatnya supaya berlaku adil. \ Krisis Di Syria Rata-rata gerakan Islam di seluruh dunia sebelum ini pernah memuji banyak tindakan-tindakan politik kerajaan Syria, iaitu ketika mereka membantu gerakan jihad seperti HAMAS, HizbuLlah dan mempunyai hubungan yang rapat dengan Iran.
Kedua-dua negara tersebut (Iran dan Syria) pernah menandatangani perjanjian membatalkan visa sebagai tanda persahabatan. Seluruh gerakan Islam bersetuju dengan sikap kerajaan Syria yang sering menjadi 'incaran' kuasa-kuasa Barat terutama sekutu mereka iaitu Israel, tetapi di sebalik sokongan itu, gerakan Islam di seluruh dunia tetap tidak setuju dan menentang perbuatan presiden mereka iaitu Basyar Al Assad yang menindas rakyatnya sendiri.
Pada tahun 1982, ayah Basyar Al Assad iaitu Hafez Al Assad pernah mengebom masjid-masjid dan membunuh beribu-ribu aktivis Ikhwanul Muslimin yang didakwa sebagai golongan pemberontak (bughah). Ketika rakyat Syria bangkit menuntut perubahan dari situasi yang buruk pemerintah Basyar Al Assad, Basyar muncul bersama tenteranya melawan rakyat dengan aksi yang ganas seperti yang pernah dilakukan ayahnya dahulu.
Ketika wacana kebangkitan Islam di Tehran, saya telah memberikan cadangan kepada kerajaan Iran supaya mengubah polisi hubungan baik negara mereka dengan Syria, dan meminta Iran supaya menyokong 'suara rakyat' di Syria dengan cara menekan kerajaan Basyar Al Assad. Hal ini jugalah yang menjadi kekecewaan kepada Sheikh Mahdi Akef apabila Iran masih tidak meminda polisi hubungan baik antara negara tersebut dengan Syria.
Memanglah pakatan Syria-Iran menjadi ancaman bagi Amerika, tetapi pendirian yang sepatutnya dipegang oleh kerajaan Iran sekarang ini ialah memutuskan hubungan baiknya dengan kerajaan Basyar Al Assad apabila rakyatnya diperlakukan dengan kejam. Malanglah apabila pemimpin-pemimpin di dalam negara Islam tidak bermaruah, sukar ditegur, dan mereka tidak kembali kepada ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw seperti yang diperjuangkan oleh Para Sahabat Baginda saw. Saidina Abu Bakar ra sendiri pernah menyebut di hadapan rakyatnya, "Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dipilih menjadi ketua kamu, jika aku melakukan hal yang baik maka bantulah aku, dan jika aku tersilap maka perbetulkan aku". Hal yang sama turut diungkapkan oleh Umar Al Khattab ra, "Sesiapa yang melihat berlakunya kepadaku penyelewengan, maka perbetulkanlah aku".
Selagi pemimpin-pemimpin kita tidak mahu mengubah sikap ke arah mendaulatkan Islam, selama itulah umat Islam akan terhantuk berkali-kali ditempat yang sama. Krisis di Palestin "Israel Raya" bukanlah misi yang baharu, ia adalah misi yang diwujudkan secara haram oleh kuasa besar dunia selepas Perang Dunia ke-2, bagi mengotakan perjanjian Balfour yang melibatkan kerajaan British dengan Israel. Ini kerana kerajaan British telah dibantu pelobi-pelobi Israel sejak Perang Dunia Pertama lagi.
Penubuhan negara Israel adalah haram mengikut hukum agama termasuklah hukum undang-undang antarabangsa ciptaan manusia. Ini kerana, ia ditubuhkan dengan cara merampas daripada penduduk asalnya dan menghalau sebahagian besar daripada mereka. Negara kuasa besar dunia memejam mata bagi menghilangkan sifat perikemanusiaan daripada menangani jenayah bersejarah ini demi kepentingan mereka. Bahkan sebahagian pemimpin negara itu dibantu oleh wang dan media golongan zionis untuk berkuasa. Perkara ini ditambah lagi dengan sikap tidak saksama negara besar yang menghalalkan negara haram Israel memiliki senjata pemusnah yang diharamkan undang-undang antarabangsa.
Bagi umat Islam pula, sudah menjadi kewajiban yang terpundak ke atas kita semua untuk membebaskan Palestin, sama ada jauh atau dekat, bangsa Arab mahupun bukan Arab. Haram menerima kewujudan negara haram. Maka PAS yang berdasarkan Islam menolak penyelesaian wujud dua negara (two-states solution), satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis. Bagi kita, hanya satu negara Palestin sahaja bagi penduduknya yang berhak.
Walaupun ada di kalangan negara Arab yang menerima penyelesaian dengan cara mewujudkan dua negara, ketahuilah bahawa Palestin bukan hak orang Arab sahaja, Palestin adalah hak umat Islam seluruhnya. Penutup Apabila kita kembali ke pangkuan Islam, insya Allah kita akan diberikan kemenangan, sama ada kemenangan itu lahir dari bentuk yang dapat dilihat ataupun tidak kelihatan dari pandangan mata.
Sebaliknya apabila kita meninggalkan Islam, kita akan menerima penghinaan daripada musuh-musuh Islam tanpa belas kasihan. Jangan kita beranggapan, revolusi yang berlaku di seluruh dunia ini menjadi laluan mudah kebangkitan Islam, apatah lagi jika kebangkitan itu dijenterai oleh emosi semata-mata. Dunia Islam perlu bangkit, bangkit dengan roh dan cita-cita menegakkan Islam, serta bersatu menghalakan perjuangan untuk menumbangkan hegemoni global yang dicaturkan oleh musuh-musuh Islam. Cabaran kita dengan gerakan-gerakan Islam yang lain adalah sama, kerana perjuangan kita dengan mereka memiliki matlamat yang serupa iaitu menegakkan kalimah Allah dan membantu agama-Nya.
(Olahan dari Wacana Asia Barat yang disampaikan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Shah Alam 2012)

Monday, 29 April 2013
Last State Examination
1 more exam and this will be the last state examination, Social Medicine, Law and Epidemiology before graduating as a medical doctor soon..
last class finished today, yey!
no more class and officially the academic syllabus is over for the 6th year course of General Medicine here..
Alhamdulillah..
now just need to finish the GP training here in private clinics till this friday and can start to focus on the last exam
which will be coming soon in less than 2 weeks..
upon graduation will be receiving Medicinae Universae Doctor ( MUDr) equivalent as Medical Doctor ( MD )
and Bachelor of Medicine and Surgery ( MBBS ) in the other countries..
MUDr = MD = MBBS ..
insyaAllah..
I am now applying to Scandinavian countries but no reply so far from them..
hope the best and may Allah ease the journey and help me to work harder for this ummah, amin
Tuesday, 23 April 2013
Kapten Ustaz Asri Khalek: Perancangan Allah lebih hebat
kita perlukan lebih ramai org mcm ni
masuk dalam angkatan tentera, polis, doktor, ahli politik, jurutera,
pegawai tadbir diplomatik, semua key strategic position
Wednesday, 17 April 2013
Kumpulan islam
ada banyak jemaah / kumpulan / gerakan / puak / organisasi yang bercitra dan bernuansa islam di seluruh dunia termasuk Malaysia.
adanya kepelbagaian bidang dan sektor mencambahkan gerakan / kumpulan yang berbeza - beza.
Malah dengan ragam manusia, sifat, charakter dan minat yang macam - macam membawa kepada
keprluan kumpulan yang berbeza - beza untuk cater segala jenis ragam / minat manusia yang pelbagai.
ada yang minat dengan ruh tarbiyah kerohanian semata - mata, ada yang gemar dakwah ala
street dakwah kpd non muslim, ada yang gemar dgn majlis ilmu septi kupasan hadis - hadis sahih atau kuliah tafsir, ada yng minat dengan membentuk manusia, ada yang minat dengan military development
perlunya Islam di perjuangkan di persada politik, dakwah bagi yang dah muslim, dakwah pada yang murtad,
dakwah pada yang belum islam, bina prasarana asas seperti surau, masjid, , bekalan Al Quran, kitab2, hadis,
menubuhkan institusi pengajian islam, dari peringkat tadika hingga ke sekolah rendah, menengah dan universiti, insittusi hafazan, undang - undang islam, kajian, institusi penyelidikan,
bidang makanan, industri, hasil pembuatan, teknologi, ketenteraan, komunikasi dan media
akhabr dan majalah, hiburan, ekonomi, perniagaan, pengurusan kewangan, hubungan networking seluruh dunia muslim non muslim, bidang penerbitan dan penulisan buku, kerja2 saintifik, semuanya memerlukan petugas dan aktivis gerakan islam.
jadi sebenarnya kwujudan banyak gerakan islam tidaklah melambatkan / menyusahkan sekiranya
diurus dengan baik.. bukan bersaing sesama sendiri malah jatuh menjatuhkan sesama sendiri
fokus pada 1 - 2 bidang utama yang menjadi kepakaran utama anda, yang lain serahkan pada gerakan islam yang lain.
mantapkan organisasi melalui koordinator dan pnyelarasan kerja2 islam..
PAS - mereka adalah yang berjuang di medan politik dan politik mmerlukan tenaga yang banyak..wang, culaan undi, petuga bilik gerakan, bilik operasi, markaz media, banner kempen dan bendera termasuk tugas memberi kuliah di surau2 dan masjid2, termasuk menjaga taska untuk kanak maka mereka mmerlukan tenaga..mereka juga punya kelebihan dalam ahli grassroot yang fanatik dan kuat berdisiplin malah wala' pada jemaah..mempunyai jaringan media seprti Harakah
ISMA - kepakaran dalam mengulas isu syiah dan liberal, menerangkan pada masyarakat, mudah didekati kelompok nasionalis yang mahu pada islam, boleh beroperasi bebas di luar negara dan IPTA secara terbuka, boleh bekerjasama dengan kerajaan UMNO bagi menjalankan agenda islamisasi dan dasar - dasar penerapan islam legasi Tun Dr Mahathir.
IKRAM - bersifat mentarbiyah ahli dan mencampakkan ahli binaan tarbiyah mereka ke seluruh bidang yang ada seperti graduan doktor perubatan ke IKRAM Health, membuka sekolah sekolah rendah dan menengah islam, membina jaringan dengan non muslim melalui hidayah centre, street dakwah, membina halaqah dan menjadi usrah satu fenomena biasa di kalangan anak muda..
Jemaah tabligh - bertebaran serata dunia dengan berkdawah mengajak manusia ke masjid..
sampai di masjid, mereka mendengar kuliah pula yang dismpaikan olej ustaz / imam lantikan kerajaan UMNO, isma atau ustaz dari PAS atau IKRAM maka ia satu continuation dan flow
Jemaah salafi / salafussoleh - membetulkan akidah, mengajar ttg akidah yang sahih, rujuk kpd hadis yang sahih, menolak bidaah..mereka juga berperanan membershikan masyarakat yg telah dibina atau ditarik dari
jemaah / kumpulan lain sebleum ini utk mnejadi lebih baik dan lebih baik ibadahnya
ABIM ,haluan dan banyak lagi jemaah islam di malaysia
maka tidak perlu bertelagah, harmoni kan ukhwah
selarasakan gerak kerja, buat kerja banyak pada masa yang sama tapi jika tidak mampu,
serahkan pada gerakan / kumpulan yang mampu
persoalannya kita di mana?
tengok je , sokong saje atau menentang?
mari sumbangkan apa yg kita mampu.
tenaga, harta, masa, idea, ilmu, kepakaran, jasad utk islam.
bersama kita bina negara yang aman dan harmoni
malaysia yang maju dan beriman
semoga Islam menang di malaysia dan seluruh dunia

Wednesday, 6 March 2013
Kenangan kehidupan
Assalamualaikum lidah lembut pembuka kata
Sebelum kita berborak, sebelum kita berbicara
Aku bismillah tanda aku mula cara
Kita jauhi segala buruk prasangka
Yang telah diceritakan pahit di bibir mereka
Betulkan tutur kata dalam bertikam lidah
Mahu bertaruh, menaruh apakah?
Ada pena aku mengukir kata
Menulis mantera bagaikan membina arca
Dalam menyampaikan berita , bijak menyusun kata
Inilah sajak, jangan risau ia tidak bersenjata
Sehalus bahasa, secantik rupa dan budaya
Agar bahasa terus diperkasa

Bisik bisik aku nak merisik
Saka apa ada dalam tasik?
Bukan naga chini atau temasik
Shahibul hikayat ,ha aku kuat mengusik
Saka apa ada dalam tasik?
Bukan naga chini atau temasik
Shahibul hikayat ,ha aku kuat mengusik
Pertama kali sampai, rasa sebak hati
1st time pergi oversea, jauh dari keluarga menuntun hati
Tapi kerana kawan sekeliling di sisi
Bersama kita harungi perjuangan ini walau airmata berlinang di pipi

Tahun 1 oh anatomy
Rimasnya aku apa kebenda ni
Campur pulak dengan chemistry
Tidurku nyenyak tiada lagi bermimpi
Rimasnya aku apa kebenda ni
Campur pulak dengan chemistry
Tidurku nyenyak tiada lagi bermimpi
Enak semerbak haruman diiringi teriak paluan
Seribu adunan alunan kata aluan
Berikan laluan pada yang tiada haluan
Raung dalam mimpi satu pertarungan
Seribu adunan alunan kata aluan
Berikan laluan pada yang tiada haluan
Raung dalam mimpi satu pertarungan
Tahun 2 histo neuroanat menjengah
Aduh penat termengah mengah
Entahkah sempat ku menelaah?
Tahun ini pasti kuhabiskan exam awal, takkan ku mengalah

Bangun bangun
Pacak kaki atas duri
Lihat siapa rebah, siapa berdiri
Susah payah kita di sini, akhirnya insyaAllah kejayaan kita kecapi

Tahun 3 pathophysio dan patho datang menjenguk
Ada yang geleng geleng ada yang terangguk angguk

Tak kurang ada yang tersengguk kerana mengantuk
Ah apalah sangat dibanding dengan saudara kita dalam perang yang berkeceramuk?

Muhasabah diri kalam tusuk ke hati
Denyutan nadi berhenti pasti kita mati
Syukur pada ilahi kerana kita masih diberi peluang ini

Tahun 4 pharmaco dan neuro teman baru
Habiskan exam cepat, nanti haru biru
Usaha baca sampai tidur dengan buku
Teringat balik bagai ditusuk sembilu
Habiskan exam cepat, nanti haru biru
Usaha baca sampai tidur dengan buku
Teringat balik bagai ditusuk sembilu
Tahun 5 datang pula
Paediatrics state exam buat gundah gulana
Tapi lepas usaha tuhan kan ada?
Usaha terus dan doa itu senjata

Ayat ayat panas bagaikan semarak api
Untuk cita – cita keluarga dan diri
Bagai inderaloka salah satu destinasi
Yang akan kita kejar akhir dunia nanti
Untuk cita – cita keluarga dan diri
Bagai inderaloka salah satu destinasi
Yang akan kita kejar akhir dunia nanti
Gelombang suara lantang buat kita terbang
Terbang melayang ke bintang melayang terus melayang
Kini mula terpampang hasilnya garang
Garang dengan kehidupan yang dikarang bagai seladang

Jika nanti kami pergi dan takkan bangun
Bersyukur sujud sejadah sempat kami buat korang mengelamun
Bangun dari mimpi elak harga diri disamun
Pertahankan bakat sendiri dari lanun lanun

Tahun 6 akhirnya kami sampai
Oh 4 state exam melambai lambai
Takpa ijazah yang mahu kami gapai
Cita cita terus kami kejar insyaAllah kami capai

Jatuh bangun lumrah kehidupan
Apatah lagi dalam perjuangan
Mengejar cita cita dan harapan
Untuk kebaikan umat masyarakat masa hadapan

Kita di sini bagai satu keluarga
Berlumba kita bersaing kita
Jangan sampai ada yang dipijak dan diluka
Hulurkan tangan bangun sama sama
Kejar hasrat tersingkap di dada

Kalau ada yang susah kita tolong tolongkan
Yang tidak faham kita ajarkan
Jangan sombong pentingkan diri
Jangan sampai ada yang ditindas mati
Yang tidak faham kita ajarkan
Jangan sombong pentingkan diri
Jangan sampai ada yang ditindas mati
Kita hidup di sini bukan ini akhirnya destinasi
Pasti kita bertemu lagi nanti
Maka jagalah adab dan tutur kata
Mungkin kelakuan kita asbab kita dinafikan syurga

Hanya pada tuhan kita berserah
Jangan pernah menyerah kalah
Biar remuk, pecah dan patah
Kejayaan itu yang akhirnya sangat indah
Jangan pernah menyerah kalah
Biar remuk, pecah dan patah
Kejayaan itu yang akhirnya sangat indah
Diam seribu bahasa kulafazkan
Ku mohon sahabat semua maafkan
Terlajak kata maaf dipinta
Kelak bertemu kita di Malaysia doktor Berjaya!

-tamat-
Thursday, 28 February 2013
mari membaca!
Ak gilakan buku
membaca membuatku khayal dalam berfikir
mengembara minda menerusi tinta tinta pena
perasaan khayal itu sukar utk diterjemahkan
bagaikan euphoria dalam utopia
cubalah membaca sahabat2 sekalian
cuba membaca dgn sesuatu yang anda minat
bangsa yang maju adalah bangsa yang banyak membaca
belum punya kesempatan utk menghabiskan buku2 ini
banyak tokoh2 besar dunia adalah orang yang membaca dan menulis
Imam Hassan Al Banna, Sayyid Qutb, Bediuzzaman Said Nursi, Abdul Hadi Awang,
Lenin, Hitler, HAMKA..
mari jadi sebahagian dari sejarah
baca tulis dan ubah dunia!
bak kata Imam Hassan Al Banna :
kalau nk mengenali seseorang, lihatlah pada buku di perpustakaannya ( rak buku nya )
membaca membuatku khayal dalam berfikir
mengembara minda menerusi tinta tinta pena
perasaan khayal itu sukar utk diterjemahkan
bagaikan euphoria dalam utopia
cubalah membaca sahabat2 sekalian
cuba membaca dgn sesuatu yang anda minat
bangsa yang maju adalah bangsa yang banyak membaca
koleksi buku di rak kecik bilikku
bacalah apa sahaja yang membantu menambahkan kefahaman atau ilmu pengetahuan
agama, politik,sains, budaya, cerpen, cetusan idea hatta buku ilmiah utk exam sekalipun, mari membaca!
buku yang sama namun susunan berbeza menampkkan kulit hadapan
banyak tokoh2 besar dunia adalah orang yang membaca dan menulis
Imam Hassan Al Banna, Sayyid Qutb, Bediuzzaman Said Nursi, Abdul Hadi Awang,
Lenin, Hitler, HAMKA..
mari jadi sebahagian dari sejarah
baca tulis dan ubah dunia!
bak kata Imam Hassan Al Banna :
kalau nk mengenali seseorang, lihatlah pada buku di perpustakaannya ( rak buku nya )
Monday, 25 February 2013
YMY - Mantera Tiga Pendekar..kritikan sosial
sekali lagi, rap yang selalu aku bahasakan sebagai 'puisi moden' memikat hati
penggunaan perkataan tertentu, dgn irama susun kata yang sama dihujung membentuk rima
dengan membawa pula maksud mendalam dan tersendiri
memberi nafas baru dan menyegarkan minda
membuat umat manusia berfikir
sungguh lagu2 begini bukan jenis ayam brand bab kate sorang ustaz yang aku kenali
ikhlas berkarya, bukan hanya kerana duit ia dicipta
bukan kerana market demand tp lebih kpd kritikan sosial
menegur cara halus atau cara kasar, dgn separa sedar
dan sungguh lagu seperti ini menpunyai peminat dan crowd tersendiri
genre ini ada capaian yang tidak ada pada genre lain dan begitulah seterusnya
Saturday, 16 February 2013
Cabaran pada abna al haraki selepas kemenangan
Sabda Baginda SAW yang bermaksud; "Tidak ada seorang Nabi yang diutuskan kepada suatu umat sebelumku, kecuali ia memiliki hawariyyun (pengikut-pengikut setia) dan para sahabat yang sentiasa mengikuti sunnahnya dan mentaati apa yang menjadi perintahnya. Kemudian, sesudah mereka akan muncul generasi (orang-orang) yang mengatakan apa-apa yang mereka tidak laksanakan dan mengerjakan apa-apa yang tidak diperintahkan. Maka, barangsiapa yang memerangi mereka dengan tangannya, ia adalah Mukmin. Barangsiapa yang memerangi mereka dengan lisannya, ia adalah Mukmin. Barangsiapa yang memerangi mereka dengan hatinya. Ia adalah seorang Mukmin. Setelah itu, tidak ada lagi iman meskipun hanya sebesar zarah."
Dalam usaha memperjuangan Islam ini, lazimnya kita akan dihadapkan dengan dua golongan manusia, golongan pertama ialah golongan yang bekerja memperjuangkannya, manakala golongan kedua pula adalah golongan yang hanya ingin melihat kemenangan. Golongan bekerja pula ada kriteria-kriteria yang berbeza, belum tentu semuanya bekerja semata-mata ikhlas kerana Allah Taala. Seterusnya yang ikhlas itu pula, belum tentu mereka mampu bertahan apabila diuji oleh Allah Taala.
Oleh itu, ujian (fitnah), cubaan dan dugaan menjadi tapisan Allah Taala kepada para pejuangnya. Allah menjadikan ujian dalam tarbiyah sebagai proses menapis antara golongan yang istiqamah, dengan golongan yang tergelincir dalam perjuangan Islam. Kita berdoa, semoga Allah tidak menguji kita perkara yang kita tidak mampu tempuhinya.
Dalam sejarah perjuangan Baginda SAW, banyak berlaku peristiwa besar yang menguji iman para Sahabat, ada yang thabat dan ada juga segelintirnya yang kecundang. Antara peristiwa tersebut adalah Isra' dan Mikraj, sebuah peristiwa yang berlaku setelah kewafatan orang-orang yang paling dikasihi Nabi, iaitu Saidatina Khadijah binti Khuwailid dan Abu Talib. Kesedihan yang bertimpa-timpa dialami oleh Nabi menyebabkan Allah memberikan kurniaan kepada Baginda satu peristiwa yang tidak boleh diterima oleh akal manusia, peristiwa yang dinamakan oleh-Nya Isra' wa Mikraj. Peristiwa inilah yang menyebabkan ramai pengikut Nabi mula meragui kebenaran yang disampaikan oleh Baginda. Dalam hal ini, Nabi Muhammad SAW bukan sekadar diuji untuk meyakinkan orang-orang yang tidak beriman, bahkan juga menghadapi kerenah mereka yang mengaku telah beriman kepadanya.
Begitupun, dalam kalangan para Sahabat, ada karakter yang begitu tekun meyakini apapun yang disampaikan oleh Nabi SAW. Beliau adalah Abu Bakar, pemuda yang paling rapat dan paling dikasihi Nabi Muhammad SAW Saidina Abu Bakar tampil membenarkan peristiwa Isra' Mikraj malah menyatakan,"Sesungguhnya aku telah membenarkan Baginda SAW terhadap apa yang lebih jauh dari ini. Aku membenarkan baginda terhadap berita dari langit yang baginda bawa." – Al Hakim di dalam Mustadraknya.
Teguhnya pendirian Abu Bakar tidak berbelah bahagi membenarkan semua yang keluar daripada mulut Nabi SAW. Abu Bakar mengenali Nabi Muhammad, sebagai insan yang tidak pernah berbohong selama hidupnya. Inilah ujian yang ditempuhi oleh Baginda, dan pada masa yang sama orang-orang yang beriman juga turut diuji untuk dilihat sejauh manakah keyakinan mereka, di antara mereka semakin bertambah imannya dan tidak kurang juga yang berpaling kembali kepada kekufuran.
Iktibar Daripada Perang Hunain
"Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan jua di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu sekali-kali tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri." (Surah at-Taubah : ayat 25)
Pada peristiwa perang Hunain, Allah telah merekodkan pengiktibaran kisah ini di dalam al-Quran. Perang Hunain berlaku pada tahun ke-8 hijrah, iaitu suatu saat bilangan tentera Islam menjadi semakin meningkat kepada 12,000 orang, 10,000 orang dari Madinah dan 2,000 orang yang baru memeluk Islam dari Makkah. Pasukan tentera Islam yang berjumlah 12,000 orang ini berdepan dengan satu kelompok kecil, lalu mereka kagum dengan jumlah mereka yang ramai. Masing-masing merasa yakin untuk capai kemenangan dengan jumlah mereka yang begitu ramai, ditambah pula pengalaman mereka sebelum ini. Sewaktu mereka keluar untuk menghadapi kelompok kecil tersebut, ada di kalangan Sahabat yang mengatakan dengan penuh rasa takjub, "Hari ini kita tidak mungkin akan dikalahkan dengan jumlah yang ramai".
Lalu pada pusingan pertama peperangan, umat Islam kalah apabila menghadapi serangan mengejut tentera-tentera musyrikin yang sedikit jumlahnya sehingga menyebabkan tentera-tentera Islam lari bertempiaran sekalipun dalam keadaan jumlah yang ramai. Keadaan yang berlaku menyebabkan Nabi mengumpulkan semula tentera-tentera Islam sambil berkata, "Sesungguhnya aku adalah Rasulullah, dan aku tidak berbohong...",seterusnya Nabi meminta mereka bersatu, dengan izin Allah, Dia memberikan kemenangan perang Hunain kepada umat Islam.
Kesilapan yang dilakukan oleh generasi terbaik umat Islam adalah renungan generasi kita hari ini. Perang Hunain ini adalah satu bentuk tarbiyah, ujian yang diberikan oleh Allah. Kerana sayangnya Allah kepada hamba-Nya, maka diberikan kekalahan pada peringkat awal dalam peperangan ini agar tidak timbul dalam kalangan umat Islam nanti mengatakan, "Kemenangan ini kerana bilangan kami yang ramai".
Inilah pengajaran yang ingin dikupas daripada Perang Hunain. Allah memberikan ujian kepada umat Islam adalah sebagai satu proses mencapai kemenangan. Dalam gerakan Islam, walaupun ada orang yang menganggap bahawa tarbiyah wajar terabai dengan sebab bebanan kerja-kerja dakwah yang besar, tanggungjawab parti yang semakin banyak, maka ketahuilah bahawa ujian dari Allah itu bukan sahaja berlaku waktu kita kalah. Tetapi ujian yang Allah berikan pada waktu kemenangan jauh bezanya dengan ujian yang Allah berikan pada waktu belum mencapai kemenangan.
Selepas kemenangan Hunain, Nabi Muhammad SAW mengumpulkan tentera-tentera Islam dan meminta segala harta ghanimah dikumpulkan walau sekecil gigi (gigi yang disalut emas) agar dapat diagih-agihkan secara adil. Lalu mereka menyerahkan segala harta tersebut sehingga menimbun longgokannya. Arahan Rasulullah SAW tersebut diulang sebanyak tiga kali oleh Abu Hurairah RA, namun di sana masih ada seorang tentera Islam yang tidak memberikan harta rampasan itu berbentuk segulung tali unta yang diikat pendek di pinggangnya.
Dia mengikat tali unta tersebut sehinggalah sampai di Madinah, lalu setiap kali dia melihat tali unta tersebut, teringatlah dia akan beban dosanya mengingkari arahan Rasulullah SAW. Lalu tali unta tersebut diberikan kepada Rasulullah, tetapi Rasulullah menolak pemberiannya, dan Rasulullah pun menegurnya; mengapa tidak diserahkan walaupun telah diulang arahan tersebut sebanyak tiga kali? Dengan nada kecewa Rasulullah mengarahkan pemuda tersebut supaya memberikannya di akhirat kelak.
Amanah Adalah Titipan Allah Kepada Manusia
Amanah adalah amanah. Amanah adalah barang yang paling berat diamanahkan untuk kita memikulnya. Allah pernah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan juga bukit-bukau tetapi mereka enggan menerimanya. Ketahuilah saudara, jawatan adalah amanah, perjuangan adalah amanah, memenangkan Islam adalah amanah, mempertahankan kemenangan Islam juga amanah, dan mendepani ujian selepas kemenangan suatu ujian amanah yang cukup besar.
Nabi Allah Sulaiman AS tatkala diuji dengan amanah dengan harta, Nabi Sulaiman lantas mengingatkan dirinya:
"Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata! Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberian-Nya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah." (Surah an-Naml : ayat 40)
Begitulah halnya nikmat yang kita terima, semua itu adalah ujian yang tentunya untuk menguji kita sama ada termasuk dalam kalangan mereka yang bersyukur atau kufur kepada Allah Taala. Dan setelah diuji itu pula tujuannya bukan untuk dipuji, tetapi semata-mata mengharap redha Allah Taala yang memberikan kita ujian untuk memastikan siapakah dalam kalangannya yang paling baik amalannya, yakni ikhlas semata-mata kerana Allah.
"Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya." (Surah al-Kahfi : ayat 7)
Allah tidak menilai yang paling banyak amalannya, tetapi yang paling baik amalannya dalam kalangan mereka. Jika dikira paling banyak amalan, tentulah umat-umat terdahulu yang hidup ribuan tahun menjadi pilihan. Tetapi Allah mengkehendaki daripada kita siapa dalam kalangan mereka yang ikhlas, yang hatinya tidak palsu mengabdikan kepada-Nya. Umat Nabi Allah Syuaib AS, mereka hidup lebih 3,000 tahun, berbeza dengan umur umat Nabi Muhammad SAW, sekitar 50-60 tahun. Maka umur kita inilah tempoh-tempoh yang bakal menerima ujian dari Allah untuk meneliti siapakah antara kita yang paling baik kualiti amalannya. Oleh itu, orang yang berada dalam gerakan Islam, adalah orang yang bukan sekadar banyak amalan tetapi mesti sentiasa meningkatkan mutu amalannya.
Inilah juga nasihat Saidina Abu Bakar as-Siddiq yang kerap disampaikan kepada tentera-tentera Islam, kepada gabenor-gabenornya, wakil-wakil perjuangan Islam. Beliau tidak pernah lupa mengingatkan tiga perkara:
Nasihat melakukan perkara dengan ikhlas dalam perjuangan.
Bersungguh-sungguh dan sabar dalam perjuangan.
Tingkatkan hubungan dengan Allah Taala.
Apabila Orang Paling Lama Berjuang Tidak Dapat Habuan
Dalam perang Hunain itu juga, dikisahkan 10,000 tentera Islam dari Madinah tidak mendapat sebarang sisa harta ghanimah dalam perang tersebut. Kebanyakan harta tersebut diagihkan seolah-olah Baginda lebih mengutamakan orang Islam di Makkah. Tindakan Baginda SAW menyebabkan ramai penduduk Madinah tidak puas hati, tetapi hal itu tidak disampaikan kepada Nabi. Mereka merasakan ketidakadilan dalam agihan harta rampasan perang tersebut, kerana habis harta-harta tersebut diagihkan kepada penduduk Islam di Makkah yang baru setahun jagung memeluk Islam. Akhirnya menyebabkan orang-orang Madinah merungut di belakang Baginda SAW, dan Baginda menyedari rungutan tersebut. Lalu Baginda memanggil ketua di kalangan Ansar, Saad bin Ubadah dan bertanya, "Adakah orang-orang Ansar tidak berpuas hati dengan keputusan agihan ini?".
"Benar wahai Rasulullah, mereka tidak puas hati. Mereka berperang bersama-sama penduduk Makkah, bahkan mereka juga berada di barisan hadapan dalam peperangan ini. Orang-orang Makkah baru masuk Islam, semuanya berlindung di belakang. Segala luka dan cedera, orang Madinah yang menghadapinya dahulu wahai Rasulullah. Kalau mati, orang Madinah yang mati dahulu. Segala ancaman musuh orang Madinah yang menghadapainya dahulu. Tiba-tiba kemenangan ini tidak diagihkan secara bersama, segalanya diberikan kepada orang Makkah. Memanglah hal ini menimbulkan tidak puas hati".
Kemudian Rasulullah SAW bertanya, "Kamu pula bagaimana wahai Saad?"
"Tidak ada jalan lain kecuali aku turut bersama mereka juga, mereka itu semua kaumku ya RasuluLlah," jawab Saad bin Ubadah.
Para ulama menafsirkan peristiwa ini bahawa, tidak semua arahan pimpinan difahami oleh pengikut-pengikutnya sendiri. Ada waktunya kita perlu beritahu makna strategi tersebut, tetapi ada juga setiap keputusan itu tidak semuanya perlu diterangkan. Pernah Rasulullah SAW memberikan arahan kepada Para Sahabat, "Bersiap untuk perang...", tetapi arahan tersebut tidak dijelaskan secara nyata oleh Baginda SAW.
Maka kecelaruan tentera-tentera Madinah mengenai tujuan agihan Baginda terhadap harta rampasan Hunain begitu, menyebabkan Baginda membuat keputusan untuk mengumpulkan mereka semua untuk menerangkan makna sebenarnya.
Baginda berucap di hadapan kaum Ansar, "Demi Allah, jika kamu mahu kamu boleh katakan bahawa kamu wahai Muhammad telah datang kepada kami ketika kamu didustakan kaummu sendiri. Ketika engkau dalam keadaan lemah, kamilah yang menolongmu. Ketika kamu diusir, kamilah yang memberikanmu tempat. Ketika kamu dalam keadaan papa, kamilah yang menampung keperluanmu."
Baginda tidak menafikan bahawa orang-orang Ansar lebih berjasa jika dibandingkan dengan orang-orang Quraisy itu yang baharu memeluk Islam. Kemudian Baginda menjelaskan lagi kepada kaum Ansar, "Sesungguhnya aku telah mendengar rungutan-rungutan kamu. Demi Zat yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, jika bukan kerana hijrah, tentu aku termasuk golongan Ansar. Jika para sahabat menempuh suatu jalan di celah gunung dan orang-orang Ansar menempuh suatu celah yang lain, tentu aku akan memilih celah yang dilalui oleh orang Ansar. Ya Allah, rahmatilah orang-orang Ansar, anak-anak Ansar, dan cucu orang-orang Ansar."
"Apakah di dalam hati kamu wahai kaum Ansar masih terdetik hasrat kepada dunia? Sedangkan dunia itu aku pergunakan untuk mengambil hati segolongan orang agar memeluk Islam. Sementara terhadap keislaman kamu, aku tidak lagi meragukannya. Wahai kaum Ansar, apakah di hati kalian tidak gembira jika mereka membawa pulang kambing dan unta, sedangkan kamu pula pulang bersama Rasulullah?"
Setelah mendengar keterangan dari Baginda SAW, masing-masing menitiskan air mata hingga janggut mereka basah sambil berkata, "Kami redha dan patuh dengan segala tindakanmu wahai pesuruh Allah".
Inilah antara tarbiyah selepas kemenangan yang diberi oleh Allah Taala kepada umat Islam.
Ujian Selepas Menang Adalah Ketaatan
Allah pasti menguji kita walaupun keputusan yang kita peroleh itu kemenangan, dan ujian selepas kemenangan dicapai adalah ketaatan. Dalam gerakan Islam, wala' adalah kewajiban. Sebahagian orang memperlekehkan perihal wala' ini. Ada juga yang tidak tahu membezakan wala' dan tahaluf. Kita bertahaluf siasi bersama rakan-rakan dalam pakatan rakyat. Dalam hubungan ini kita saling hormat-menghormati menurut persepakatan yang sama-sama kita persetujui. Tetapi dalam disiplin berjemaah, kita ada wala' dengan kepimpinan yang mesti dipelihara melebihi kesepakatan dengan pihak lain. Persoalan wala' inilah yang sering akan diuji oleh Allah Taala kepada gerakan Islam.
Dalam sebuah hadis yang cukup mahsyur, Para Sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, "Wahai Baginda, siapakah orang yang paling berat bala ujian Allah?". Jawab Baginda SAW, "Para Nabi adalah orang yang paling berat ujiannya, lalu orang yang terbaik setelah mereka dan seterusnya (yang menurut langkah perjuangan mereka)."
Maka, yang paling berat ujiannya selepas Nabi dan Rasul ialah Para Khulafa', yakni para pengganti yang akan meneruskan perjuangan Islam dan memastikan kedaulatannya. Oleh itu, dalam konteks perjuangan ini sangat mustahak untuk memperkukuhkan hubungan kita dengan 'jemaah' kerana tiada lagi wahyu yang akan diturunkan selepas kewafatan Rasulullah SAW. Dalam perjuangan Islam tiada istilah bertindak tanpa arahan, mengutamakan maslahah peribadi dan melanggar persepakatan syura. Apabila kepimpinan buat satu keputusan, dibincang dan diperbahaskan, diterima dan ditolak, ada yang tidak puas hati kerana tidak faham apakah matlamat, pendekatan, strategi dan seumpamanya. Maka dalam soal ini, PAS sangat bergantung dengan kekuatan tarbiyah dan wala' dalam mengharungi jatuh dan bangun perjuangan ini.
Oleh sebab itu, apabila kita diuji dengan amanah kepimpinan, kita khuatir apabila kita mengabaikan lapangan tarbiyah. Hal ini kerana, dalam kepimpinan Allah akan uji kita dengan kebendaan. Saidina Ali berkata, "Wahai dunia, jika engkau mahu menipu maka engkau tipulah orang lain, jangan aku yang engkau tipu". Tetapi Allah menetapkan dunia ini warisan untuk hamba-Nya yang soleh bukan orang fasik. Orang yang soleh tidak meminta dunia, tetapi mengurus dunia untuk menegakkan Islam dan membantu kemenangan Islam, memperkukuhkan hubungan sesama umat mentauhidkan Allah Taala. Begitupun melaksanakan amanah ini bukan mudah.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditanya oleh seorang wartawan dari Brunei, "Apakah ujian yang paling besar ketika mentadbir negeri Kelatan?". Jawab Tuan Guru, "Ujian yang paling berat bukanlah serangan dan ancaman dari Umno, tetapi yang paling besar ialah ujian dunia itu sendiri, dunia yang menguji".
Perjuangan menegakkan Islam mementingkan hubungan (muraqabah) kita dengan Allah kerana cabaran-cabaran bentuk ini adalah berterusan. Dalam satu hadis daif berbunyi, "Kita kembali dari jihad kecil kepada jihad yang lebih besar", jihad besar itu ialah jihad menentang hawa nafsu, inilah jihad yang berterusan.
Moshe Dayan merupakan menteri pertahanan Israel Ke-4 yang matanya sebelah kirinya ditutup, dan pernah timbul cakap-cakap orang yang mengatakan bahawa inilah dajjal yang keluar pada akhir zaman. Diceritakan Moshe Dayan pernah mengikuti sebuah persidangan rahsia Zionis Antarabangsa bagi memerangi umat Islam dan merampas tanah-tanah umat Islam di Palestin. Maklumat ini amat sulit, tetapi Moshe Dayan berani mendedahkannya di khalayak umum sehingga mengejutkan pegawai-pegawainya.
Perbuatan Moshe Dayan ini ditegur, "Mengapa Tuan dedahkan rahsia kita? Nanti umat Islam tahu, mereka akan susun strategi untuk mengalahkan kita!"
Lalu Moshe Dayan berkata, "Kamu jangan risau perihal umat Islam, umat Islam adalah umat yang malas membaca. Jika mereka membaca pun mereka orang yang tidak faham apa yang mereka baca. Dan kalau mereka faham pun, mereka tidak akan buat apa yang mereka baca. Kalau mereka buat pun, mereka tidak sungguh-sungguh dalam melaksanakannya. Kalau mereka bersungguh-sungguhpun apa yang dilakukan itu hanyalah mengharapkan keredhaan manusia (tidak ikhlas)."
Moshe Dayan tidak risau dengan realiti sikap yang menimpa umat Islam, mereka umat yang malas membaca. Kajian Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), purata orang Melayu membaca dua muka surat setahun. Oleh itu, Dewan Pemuda PAS buat skrip yang bergerak dalam video "Gua Ikut Enta". Namun, fenomena umat Islam yang juga diketahui oleh musuh-musuh Islam bahawa umat Islam juga tidak bersungguh bila melaksanakan sesuatu perkara. Sedangkan Nabi Muhammad menyuruh kita melaksanakan sesuatu perkara dengan 'itqan' - penuh ketekunan. Dan masalah lain, jika mereka bersungguhpun belum tentu keredhaan Allah yang menjadi taruhan.
oleh Tuan Ibrahim Tuan Man

Thursday, 31 January 2013
LOWKEY ft LUPE FIASCO, M1 (DEAD PREZ) & BLACK THE RIPPER - OBAMA NATION ...
I don't, I don't want no,
Obama, Obama nation (abomination)
I'm not gonna, vote for your inauguration
Cause I don't need your, Obama, Obama nation (abomination)
I'm not gonna
[Lupe Fiasco sample]
Limbaugh is a racist, Glenn Beck is a racist
Gaza strip was getting bombed, Obama didn't say shit
[Verse 1 - M-1]
After you divorce yourself from the right wing
Propaganda campaign, it's all simple and plain
America customed the game
Your president got an African name, now who you gone blame?
When they drop them bombs out of them planes
Using depleted uranium, babies looking like two headed aliens
Follow the money trail it leads to the criminal
Ain't nothing subliminal to it, that's how they do it
See they game they run, give a f-ck if he's cunning
Articulate and handsome, Afghanistan held for ransom
By the hand of this black man, neo-colonial puppet
White power with a black face, he said f-ck it i'll do it
A master of disguise, expert at telling lies
Then they gave him a Nobel Peace Price
Should of known he was trained in Chicago
Word to Chairmen Fred and Mark Clark
What they do in the dark will come out in the light
Like a wiki leaks site
So I guess Nkrumah was right, who's ready to fight?
Last stage of imperialism, I ain't kiddin
In the immortal words of Marvin Gaye 'This ain't living'
[Hook]

[Lupe Fiasco]

[Verse 2 - Black The Ripper]
O.B.A.M.A
You ain't fooling everyone I see the games you play
You was V.I.P. at the B.I.C
And we know that's code name for C.I.A
The same way your cameras are watching us we're watching you
Think we're easy to control you ain't got a clue
Revolutions on the way, let's see what your gonna do
You gonna send the troops? You gonna drop the nukes?
See it's not where you're from it's where you're at
He's sitting in the White House so who cares if he's black
And why's there soldiers still out there in Iraq?
Natural resources ain't yours, its theirs give it back!
You're just another puppet but i'm not surprised
Look at Colin Powell and Condoleezza Rice
They didn't change shit, house nigga's fresh off the slave ship
You'll all burn in hell even Michelle, Obama Nation
[Hook]
I don't, I don't want no, Obama, Obama nation (abomination)

Limbaugh was a racist, Glenn Beck is a racist

[Verse 3 - Lowkey]
Was the bigger threat from Osama or from Obama?
Military bases from Chagos to Okinawa
I say things that other rappers won't say
Cause my mind never closed like Guantanamo Bay
Hope you didn't build a statue or tattoo your arm
Cause the drones are still flying over Pashtunistan
Did he defend the war? No! He extended more
He even had the time to attempt a coup in Ecuador
Morales and Chavez, the state's are on a hunt for ya
Military now stationed on bases in Columbia
Take a trip to the past and tell em I was right
Ask Ali Abunimah or Jeremiah Wright
Drones over Pakistan, Yemen and Libya
Is Obama the bomber getting ready for Syria?
First black president, the masses were hungry
But the same president just bombed an african country

Tuesday, 29 January 2013
Welcome to India 2012 - Documentary (Episode 1 of 3)
Ada 3 episode semuanya
Bila tengok ni teringat bahawa betapa selesanya kita, mudahnya hidup kita.
Itu pun kita masih bermalas, tak nak berusaha dan merungut..
Sedarlah wahai diri ini, belajar dan memperjuangkan Islam
itu di sini tidak lah sejerih dan sepenat dan seletih itu
Marilah kita bangun teruskan usaha hingga berjaya
menggapai segulung ijazah
dan ada sumbangan utk Islam tatkala bila ditanya oleh Allah swt kelak
Bersyukur lah kita kpd Allah
Alhamdulillah
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
bangun dan ayuh teruskan usaha!
mereka boleh mengapa kita tidak?
Tuesday, 22 January 2013
Kisah menarik di Czech Republic
Kali ni nak bercerita sedikit dengan pengalaman hidup di Negara
Eropah ini, Czech Republic..
Czech Republic merupakan negara bekas jajahan Soviet Union (
komunis Rusia ) dan sekarang sudah merdeka dan menyertai European Union ( EU )
dan adalah satu daripada 4 negara central Europe,
Iaitu Czech, Poland, Slovakia dan Hungary.
Czech berjiran dengan Poland, Slovakia, Germany dan Austria

Baik itu latar belakang sedikit tentang Czech Republic. Disebabkan
mereka ini merupakan bekas jajahan komunis Rusia maka majority rakyatnya tidak
beragama dan tidak mempercayai adanya Tuhan ( atheist ).
Tapi ada yang menarik mengenai masyarakat / penduduk negara ini.
Sungguhpun tidak beragama namun akhlak yang ditonjolkan cukup baik sekali. Memang
diakui akan ada segelintir yang berprangai buruk dan bertndak ganas tapi itu
hanya secebis kisah yang rasanya tidak adil utk mencemarkan keseluruhan majorit
rakyatnya yang baik
Kisah 1
Mula memasuki operation theatre di department Obstetric and
Gynaecology bagi membantu surgeon melakukan C – section, sy diminta utk
scrubbing ( basuh tgn, bersihkan tgn supaya sterile )
Dan yang mengejutkan dan menarik adalah apa yang nurse
tersebut ajar pada saya ialah mestilah basuh tangan dari hujung jari ke siku
kanan dengan sabun dan ratakan bilas dengan air 3 kali dan kemudian pindah ke
tangan kiri pula..
Dan setelah sy posting di department surgery, stiap kali
hendak scrub utk assist the surgery,
Prosedur sama yng perlu dilakukan.
Macam familiar kan? Mcm kita berwuduk.. part lain muka,
rambut dan kaki tidak perlu basuh kerana
Muka ditutup dgn mask, kepala, rambut ditutup dgn head cap
dan kaki mesti tukar ke surgical shoes..
Kisah 2
Pedestrian walk. Zebra crossing.. mak cik tua melintas jalan
dgn begitu perlahan.
Tiba2 ada sebuah trailer besar yang tengah laju memberhentikan
kenderaan dan tnggu mak cik tersebut melintas jalan walaupun mak cik tersbut sgt
perlahan dan lori tersebut tgh laju.
Paling mengejutkan, pemandu tersebut berbadan besar, botak,
bertatu dan tidak memakai baju ( ala2 rocker, samseng, red neck ).bberapa kes
berulang di depan mata..belum kira lagi kes biasa2 memang semua kereta/ bus
akan berhenti bg laluan kpd pejalan kaki utk melintas
Kalau di Malaysia? Dah mati makcik tu agaknya
Kisah 3
Tidur awal, bangun awal..
Seawal 5 pagi mereka sudah bangun.anda jika bersolat subuh
atau bangun malam, pasti akan mendengar bunyi cerek dan juga orang mengacau
sudu dalam cawan..
Mereka sedang buat coffee atau tea sebelum kerja/ ke
university..
Pukul 6 pagi tram dan bus sesak orang bergegas ke tempat
kerja
Pukul 6 – 7 malam kedai mula tutup
Pukul 9 malam sudah tido
Ini bertepatan dengan ayat Quran Surah An-Naba' ayat 10-11..
maksudnya.."dan kami jadikan malam sebagai pakaian
(iaitu masa rehat) dan kami jadikan siang sebagai waktu bekerja"
Sedangkan ada di antara kita yang kadang2 stdy smpai lewat
malam kemudian smpai terlajak subuh pun tk bangun2 lagi
Kisah 4
Mereka mudah menerima dengan rasional dan mereka percaya
dengan apa yang mereka lihat
Mulanya mungkin terpedaya dengan tohmahan media seperti
Islam ini ganas dan berbahaya tapi apabila melihat kepada sikap kita yang baik
mereka lunak dengan kita.
Masa mula2 saya pindah masuk ke bilik sekarang ni, 1
apartment 4 bilik ( 2 bilik double, 2
bilik single, sy masuk yg single ), 1 dapur kongsi dan 2 toilet..
Semua org menjadi adat akan simpan kasut masing2 di dalam
bilik masing2 utk elakkan kecurian.
Tapi kita sebagai orang Malaysia berasa kurang selesa letak
kasut di dalam bilik kerana factor kotor, busuk dan mungkin memakan ruang. Jadi
saya letakkan kesemua 2 pasang slipar dan bberapa pasang kasut di luar bilik
dan lama kelamaan bila mereka lihat sy letak di situ tnpa apa2 kehilangan,
mereka juga beramai2 join letak di luar, sampai berpasang2
kasut dah jadi mcm jualan kasut pulak..
Sampaikan ada sahabat2 malaysia lain berkunjung mengatakan
ini apartment / rumah paling byk kasut org letak kt luar ak tgk, dh mcm pesta!
Walaupun anda orang asing tp akhlak yg baik akan menyakinkan
mereka dan rasa prejudis lama2 akan hilang.
Malah pada suatu hari ketika saya hndak keluar ke surau
mebawa 1 quran kecil terjemahan, 1 girl my housemate ask, is that quran? Enjoy your
prayer!
I’m suprise coz sblum dtg sini dlu, tk tau pun ada quran
kecik mcm ni..hehe
And 1 girl my other
housemate baik dgn sy, sbb slalu masak skali, borak2 ms masak...skali tu dia
tnya apa agama sy, i answered islam..then muka berubah dan trus suddenly dia
tnye, do you hate America?
I answered we like their music, culture, movies but some of
their action we didn’t agree with such as war in afghan n Iraq.
Then she said, ahhh, understand, thought muslims hate America..mula2
raut dia mcm terkejut dan takut tapi sebab kami mmg dh kenal lama sebelum dari
dia bertnya tu, jadi perasan takut /pelik masa dia tau sy muslim tu sekejap je
la..penting hubungan baik dalam menjernihkan keadaan..
Mereka tertipu dgn momokan media perdana..
And even 1 hari sblum dorang g Christmas holiday , dorang bg
biskut / kuih ( mcm kuih raya kita kot, Portuguese
one ) n ask about how bout my Christmas hoiiday?
Then she suddenly tringat yg kite muslim tk smbut xmas, so
she apologized for that..
They are very tolerant =)
p/s : out of 6 people living in this house, only 2 of us are
boys including me..4 others are girls
Kisah 5
Pengangkutan awam yang efisien dan menepati masa..tk pernah
lewat malah pernah awal 1 minit dr masa sebenar kadang2..tak percaya?
Sy dh buktikan dgn 10 hari sy naik bus bila sy punch kat
timer, bus patut 720pg tapi ade yang 720 dan ade yang 719 catatan pd tiket
setelah dipunch, amazing.
Kisah 6
Homeless menegur mafla yang sy pakai.sy pakai keffiyah
berwarna hitam, kebetulan dia pakai sama tapi warna putih. Dia bertnya dalam
nada bergurau..” what is this? This is islam, mine not,haha”..
Tapi dia still tolerate dan faham walaupun dia adalah orang yang merempat tepi jalan, tidak berumah
dan tidak berpendidikan.. akhir sekali
bg salam pd sy..
Hmmm..jauh beza mentality dan ahlak dorang
Kisah 7
Ni baca kat online newspaper
The US Harvard University
has posted a verse of the Holy Quran at the entrance of its faculty of law,
describing the verse as one of the greatest expressions for justice in history
Verse 135 of Sura Al Nisa
(women chapter) has been posted at a wall facing the faculty’s main entrance,
dedicated to the best phrases said about justice.
Wow!
Benarlah kata As Syahid Sayyid Qutb berbunyi lebih kurang
begini –
“aku ke barat aku lihat islam tapi bukan muslim, Aku ke
timur aku lihat muslim tapi bukan islam..”
sekadar renungan utk kita semua..
Subscribe to:
Posts (Atom)