Monday, 25 June 2012

Masalah hari ini


Masalah hari ni. Kalau bukan A, mesti cakap dia ni adalah B
kalau bukan B, mesti tuduh dia ni dari A.
Kalau puak PR, mesti anti BN.
Typical.

Kalau anti BN, mestila puak PR
Typical.

Kalau puak PR, tkpe kutuk pemimpin, atas alasan nk sedarkan rakyat, amal makruf nahi mungkar.
BN semua salah, PR je bgus dan betul, PR je amanah, BN mmg lingkup
Kalau puak BN pulak tekan terus PR, PR khawarij pemberontak
PR ni tak oandai mmerintah,tau cakap je

Typical!
kalau puak kiri,sosialis mesti sokong Rusia, China, Korea Utara. Anti Amerika.
typical.

kalau puak kanan kebangsaan, kapitalis sokong Amerika, Eropah. Anti Rusia.
typical.

Masa krisis Syria, puak Russia sokong Bashar.
puak kiri ikut sama.. penentang Bashar tidak tahu politik antarabangsa bahawa Amerika dan Israel mahu menguasai semua Negara arab islam di timur tengah. Hanya Syria dan Iran yang tinggal sebagai banteng terakhir yang sgt vocal anti Amerika dan anti Israel. Maka harus sokong Russia
dan China..
typical.

Cuma sejak bila geng islamis boleh duduk sekali dengan geng sosialis/komunis?
Arab Saudi, Qatar, Kuwait mesti sokong Amerika untuk sekat pengaruh Iran. Iran, hizbullah dan segala macam geng syiah cuba kuasai timur tengah untuk sebarkan doktrin syiah, nak wujudkan blok syiah.
Typical.

Nak bagi tahu benda mudah , semua nk sebarkan kuasa masing – masing. Politik, kekuasaan, pengaruh, ekonomi,doktrin, agama.

Russia dan china nak bina pengaruh / blok komunis
Iran, Syria, Iraq, Lubnan nak bina blok syiah
Kuwai, Qatar, Arab Saudi nak bina blok moden + jaga kepentingan blok sunni

Amerika, Eropah nk bina blok kapitalis

Pendek kata tkde sape hirau sgt nk tolong sapa2 pun, semua tamak unuk diri sndiri je
Dan paling lucu, pencipta/pengasas ideology komunis dan kapitalis yang dikatakan musuh atau lawan satu sama lain adalah bangsa Yahudi nama Karl Max.orang yg sama.
Pencipta agama syiah juga adalah yahudi ibn saba’

Haha kita ditipu lagi

Amerika nak tolong pejuang islam di Syria? Dia yang pergi serang Iraq, Afghanistan, Libya?
Rusia pun nk tolong pertahankan kerajaan islam iran dan Syria? Dia cuba ceroboh Afghanistan dan diaah yang tiap2 hari bantai orang islam kat Chechnya, kawal kerajaan islam di asia tengah seperti Tajikistan, Uzbekistan, kryzgyztan..
Iran nk tolong islam? Haram sampai hari ni sekali pun dia tk serang Israel
Amerika pun sama sembang kuat, kalau Libya tk sempat cakap ape dh bwk nato masuk Libya, tapi iran dari zaman dulu sampai sekarang elok aje.. kalau zaman saddam Hussein dulu, br lepas 2 tahun 9/11, terus askar US masuk.

Hizbullah kuat dan bela islam? Mana dia tk tolong pun hamas, Israel duk lepak rilek je kat sebelah.


Jadi tolonglah, jangan align pun pada A atau B, kita islam adalah C! A dan B tipu, nk kuasai kita dan kita yg terbelah pada A dan B.

Kita ambil Islam yang sebenar. Benda baik kita ambil, benda buruk kita tolak hatta dalam kelompok
Atau kumpulan yang kita suka atau cenderung sekalipun.

Wallahua’lam

Saturday, 16 June 2012

Renungan



"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan, dan 


janganlah kamu turuti langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu.


 Tetapi, jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti 


kebenaran, maka ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana."


(Al Baqarah: 208-209)

"Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu"


(Al Baqarah: 208-209)


"tegakkanlah daulah islam dalam dirimu,nescaya islam tertegak di bumimu" (ulama') 






Firman Allah s.w.t.:  lagi “Dan jika mereka berpaling, nescaya Allah akan mengazab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat.” (Surah al-Tawbah, 9: 74)


Dalam ayat di atas, Allah swt memerintahkan kita supaya terus masuk ke dalam islam secara keseluruhan.
Apabila dikaji, ini bermaksud bahawa setiap apa tindakan kita mestilah berlandaskan pada Al Quran dan sunnah, dua sumber utama dalam Islam.

Tidaklah dikatakan kaffah  atau kesuruhan ( total ) apabila undang – undang/hukum / peraturan islam hanya diguna pakai ketika kita hendak berkahwin. Baru sibuk hendak mencari tok kadi dan masjid.



Bukanlah islam itu hanya dicari ketika solat jumaat, berpusu – pusu ke masjid mendengar khutbah.

Bukanlah islam hanya digunapakai ketika hendak bercerai di mahkamah - mahkamah syariah
Atau digunapakai  hanya ketika hendak mewariskan harta, hendak menentukan anak bulan bila berpuasa di bulan Ramadan, bila raya aidilfitri, bila nak ke Mekah menunaikan haji atau bila mati ( dimandikan, kapankan, dan tahlil)

Adakah sekadar itu sahaja?
Di mana hukum islam diletakkan ketika di luar masjid, mahkamah syariah dan di luar majlis2 atau upacara di atas?
Di mana islam,  di mana Allah selain dari waktu solat?

Kita mengharapkan Allah yang disembah dalam solat itu jugalah  Allah yang disembah di luar solat.




Dalam setiap perkara mestilah Allah dan islam dijadikan asas penilaian kita, neraca pertimbangan dalam setiap tanduk kehidupan kita.

Kita wajar utk menilai kembali di mana neraca kita ini apabila berhadapan / berada dalam ruang kehidupan seharian kita

Di mana akhlak kita, sikap kita semasa bersosial, berkomunikasi, bergaul, bersahabat?
Bekerja, menuntut ilmu, mencari rezeki?
Adakah kita selarikan dgn tuntutan agama kita, tuntutan syarak atau di luar dari acara2 di atas, kita main sapu saja?

Teknologi




Facebook, twitter medium baru. Maklumat berkembang pantas, tersebar luas.
Namun jika tidak diurus dengan baik, maka segala yang buruk juga dengan mudah terdedah.
Apa sahaja yg di hati di ‘ tweet’ . tk puas hati dgn si polan dan sekian perkara – juga di ‘tweet’ atau di tulis di status facebook.
Rasa gelojak, dendam, ketidakpuashatian, apa sahaja dgn mudah didedahkan hanya dgn teknologi ini.
Segala perkara yg selama ini terhijab tnpa pndangan orang melainkan Allah dan kita tersebar dan ditatap dgn mudah.



Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud :


Di mana akhlak kita?


Melayu kita – makan babi haram

Arak selamba boleh teguk. Pergilah tengok di sekitar ibukota Malaysia, banyak.
 Mengumpat mencela tak da masalah.. menipu dalam mencari
 rezeki, halalkan  rasuah.
Matlamat halalkan cara  - prinsip Niccolò Machiavelli 

Tapi bila sampai part makanan – “ bro ini ada babi ka? Babi tk boleh makan, haram wo..”
Renung – renung sejenak situasi di atas.

Ditipu dengan Istilah

Kejatuhan umat islam sebab kita tinggalkan Islam.
Kita dimuliakan oleh islam.. tanpa islam, apa yang tinggal pada kita?
Setelah jatuhnya sistem khalifah pada 1924,pelbagai budaya dan ideologi cara pemikiran selain islam dibawa masuk ke Negara islam.
Umat islam dimomokan dengan pelbagai alasan bahawa sistem islam tidak ‘compatible ‘ dan tidak memajukan kita semua..
Umat islam ke belakang.

Pelbagai tawaran dan alternative diberikan.
Dari istilah yang simple seperti hak asasi manusia hingga ke istilah yang memeningkan seperti Egalitarianism , semuanya hendak memesongkan umat ini.
Kita diajar untuk maju dan bangun, mesti mencontohi sistem alternative ini selain islam.
Tapi secara jujurnya, pergi lihat sendiri di negara mereka.
Hak asasi dan kebebasan bersuara? Hijab diharamkan di Perancis, menara masjid tidak dibenarkan dibina di Swiss sedangkan di negara umat islam begitu lantang melaungkan prinsip kesamarataan, kebebasan agama lain diamalkan tapi in their own land, “owh no this is against our culture’

Apa ini? HIPOKRIT




Jangan tertipu dengan dakyah dan istilah – istilah yang mengelirukan.
Para sosialis dan komunis yang berbangga dengan daulah komunis yang berkiblatkan
Moscow dan Beijing. Lihat apa jadi pada 2 negara impian para aktivis komunis/ sosialis ini?
Soviet Union runtuh pada 1991 ..Kini Beijing sendiri membuka pasaran bebas di bawah wilayah ekonomi baru shenzhen sbgai contoh.
Mana kitab karl max yg dilaung – laungkan tu? dh campak ke mana?

Ideologi kapitalis yang dicanang amerika oleh mereka yg berkiblatkan Washington DC dan New York serta London..hari ini menyaksikan satu demi satu muflis dan jatuh ekonomi mereka...
 Belum tambah lagi dgn masalah keruntuhan moral sehinggakan one of my genetics lecturer told us in class..



“ ¼ of Germany/Czech population , the children born with unidentified father. Who are the fathers of these child? this is why Mohamad ( our prophet ) put a very strict rules regarding woman  1400 years ago..”




Ini bukan zaman slogan – tapi zaman pelaksanaan


Balik pada firman Allah :

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu. Tetapi, jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana."


Kita laung – laungkan islam way of life, islam is the only solution
Tapi mana nak percaya kalau apa yg dilihat tidak sama dengan apa yang dikata?
Zaman slogan sudah berakhir.
Praktikan islam , tonjolkan keindahan islam dan dengan sendiri Islam kembali menjadi kebanggaan kita.


Bagaimana? Belajar dan mula dengan diri.
Kemudian ajak yang lain bersama kita.

Wallahua’lam



Sunday, 10 June 2012

Kecelaruan


Bismillahirrahmanirrahim,

Umat Islam pada hari ini dilihat dari pelbagai pandangan yang berbeza. Tapi kebanyakan dari pandangan itu adalah bersifat negatif yang mana umat Islam dilihat sebagai umat yang agak mundur berbanding dengan negara Asia seperti Korea, Jepun, Taiwan apatah lagi jika dibandingkan dengan negara Kesatuan Eropah dan Amerika Utara.

Cuma ada beberapa negara umat Islam yang mana sejak era tahun 80 an ia mula bangkit hasil dari penemuan carigali minyak seperti UAE ( Dubai dan Abu Dhabi ) dan Qatar sebagai contoh..Lanskap padang pasir kering kontang berubah menjadi sebuah megacity yang indah dan sibuk. Tidak ketinggalan
Malaysia sebagai sebuah negara progresif dan pragmatik dan juga Brunei Darussalam..Namun rata - rata
negara umat Islam dilabelkan dengan kemiskinan, kemunduran dan tiada ruang demokrasi yang adil..

Kita sememangnya perlu mengakui bahawa label itu benar dan seharusnya kita memperbaiki tanggapan tersebut. Umat Islam selepas kejatuhan kerajaan Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924 secara rasminya, kita semua terkapai - kapai hilang arah tidak tahu ke mana mahu kita kemudikan kapal kita.

Dengan keadaan umat yang berpecah belah, wilayah yang luas dibahagikan kepada negara - negara kecil dan hasil bumi yang dikaut rakus oleh para penjajah, kita berada di keadaan paling bawah.. Starting from zero.
Yang lebih buruk muncul segelintir anak Islam sendiri yang mahu mereformasikan keadaan ini dengan menghapuskan budaya tamadun Islam dan mahu menggantikan dengan budaya pemikiran Barat yang terbukti kemodenannya..Sebahagiannya mungkin mereka yang kecewa dengan keadaan umat Islam yang dhaif malah
tidak dinafikan ada yang sengaja menjadi agen musuh bagi meneruskan agenda Yahudi untuk melemahkan negara Islam dan seterusnya mewujudkan kerajaan Israel Raya ( kerajaan nasi Sulaiman as )


Ini dapat dilihat dari sejarah di mana gerakan Tanzimat iaitu sekumpulan anak muda Turki yang dihantar belajar ke nagara Eropah Barat terkesan dengan arus kemodenan di tempat mereka belajar di Perancis di mana pencapaian ekonomi memberansangkan, sistem keadilan sosial dan kebebasan bersuara diamalkan.
Mereka mahu budaya dan cara pemikiran ini dibawa balik ke Turki bagi menjadikan ia sebuah negara berjaya seperti yang mereka lihat semasa menuntut ilmu di sana.

Tapi sayangnya cita - cita dan harapan murni ini telah disusup masuk/ telah diselewengkan oleh pihak agen Yahudi.. Mereka dimomokkan bahawa untuk mencapai kemajuan sebegitu rupa, kita harus meninggalkan ajaran Islam secara menyeluruh. Islam harus dipisahkan dari sistem pemerintahan, kehakiman, sistem ekonomi dan juga budaya warga Turki baru. Islam sebagai agama tidak ada masalah untuk diamalkan olh penganutnya cuma ia harus menjadi sekular seperti mana negara barat , urusan keagamaan diserahkan kepada pihak gereja. Saya ingin katakan bahawa ia adalah separuh benar dan separuh salah.

Kenapa saya bercakap begitu? benar kerana memang benar warga barat maju kerana bersikap sekular, tidak mencampur adukkan urusan negara dengan agama mereka ( kristian ) dan ini menjadikan mereka benar - benar orang yang terbuka dan berani menghadapi cabaran, tidak disempitkan pemikiran oleh kuasa/ penilaian sempit para pope , bishop kristian tentang  dunia..ini adalah kerana agama mereka sendiri yang salah. Mana mungkin seorang yang berdosa boleh diampunkn dosanya oleh bishop dengan membayar sejumlah harga pengampunan kepada gereja? mana mungkin pemikiran sempit seperti larangan berkahwin untuk para pendeta..Ini menyekat fitrah manusia malah tindakan pope,sisters dan bishop yang hanya tinggal di biara dan gereja seolah - olah menjadi kan mereka elit dan pihak berautoriti dalam bidang agama dan cuba mengawal pemerintahan berdasarkan ideologi jumud mereka sudah pasti menjadikan mereka begitu tertutup malah dikhabarkan ketika Andalusia ( Spain hari ini ) sudah mempunyai lampu di jalan di kotanya, di London atau Paris pada ketika itu masih merupakan sebuah kota yang kotor , penuh dengan tikus dan tidak ada satu lampu pun menerangi jalan di kedua - dua kota itu!


Namun Islam datang dengan sebaliknya.. Umat Islam kita dimuliakan dengan Islam.. Jika kita tinggalkan islam maka jatuh hinalah kita seperti keadaan kita sebelum islam pada zaman jahiliah dahulu dan ini memang benar - benar terjadi sekarang! Islam datang menyatu padukan semua yang berpegang teguh dan beriman pada kalimah La ila ha ill Allah Muhammad Rasul Allah. Dari Kanada hingga ke Eropah merentasi Negara Arab, lalu terus Negara sub continent India, Korea, Jepun turun ke kepulauan Melayu dan terus ke New Zealand, kita semua serupa dan bersaudara. Kita diselamatkan dari sikap kepuakan, berbeza bahasa, budaya, warna kulit malah status.. Tiada pihak elit yang berautoriti yang mengeluarkan kata putus seperti agama Kristian di mana gereja mengeluarkan arahan mutlak dan harus diikuti penganutnya even dalam urusan pentadbiran. Malah umat Islam boleh sama – sama belajar dan berdampingan dengan para ulama’ yang bergerak di tengah – tengah masyarakat dan semua mempunyai wahyu yang sama datang dari Allah azza wa jalla.

Islam memandu bukan mengongkong. Terbukti ketika Islam bersama pemimpin, umat Islam menguasai hampir 2/3 dunia..

Umat Islam ada 3 kekuatan , yang pertama adalah kedudukan strategic Negara umat Islam di mana laluan perdagangan merentasi Negara umat Islam.. umat islam menguasai perairan di Teluk Aden, teluk Parsi, terusan Suez, selat Melaka.. kedua umat islam menguasai hasil bumi yang banyak, minyak , gas asli, emas, balak. Dan yang ketiga umat islam adalah ramai dan mudah membiak dengan pantas, tidak ada kekangan had anak seperti di Negara komunis China malah adanya system poligami. Maka umat Islam adalah umat yang sedang  tidur. Kita perlu bangkitkan mereka ,sedarkan mereka dari lena yang panjang. Hentikan dari mencari ideology yang sesuai yang boleh membawa kepada kemajuan kita semua. Islam telah membuktikan kita pernah Berjaya dengan Islam dan rahmat dari Allah SWT. Islam jika dihayati benar – benar prinsip keadilan, prinsip pembahagian harta menerusi system sadaqah, zakat akan melahirkan umat yang berjaya dari segi ekonomi. Prinsip amanah, jujur, berkata benar akan menjadi umat ini bebas dari segala kebejatan sosial yang melanda kita. Prinsip ini diambil oleh barat setelah jatuhnya kita dan mereka laksanakan di sana sehingga wujudnya zaman keemasan zaman Renassaince setelah mereka hilang punca berada di Dark Ages sebelumnya.

Umat Islam lupa bahawa prinsip dan intipati agama inilah yang menjadi kan kita pernah maju dan kemajuan yang kecapi oleh tamadun Barat sekarang. Bahkan perlembagaan United States sendiri mengambil Al Quran sebagai rujukan dan prinsip asas Islam sebagai tiang tiang asas pembinaan Amerika sebagai sebuah Negara moden hari ini. Sayyid Qutb pernah berkata “Di barat, aku lihat Islam tanpa Muslim, di Timur aku lihat Muslim tanpa Islam"

Kita terlalu memikirkan hal – hal remeh atau perkara khilaf sampaikan kita lupa prinsip asas yang lebih luas. Kita bergaduh sesama umat Islam sebab berbeza aliran contohnya berbalah antara golongan salafi yang tidak setuju dengan membaca yasin pada malam jumaat yang merupakan bidaah kerana nabi tidak buat yang mana ini bertembung dengan kumpulan ulama’ pondok yang mengatakan ini adalah tradisi di alam melayu dan sebahagian syiar Islam, bergaduh samada Al Quran itu adalah kalam Allah atau makhluk ( pertembungan Muktazilah dan Ahlus Sunnah wal jamaah ).. Ini merupakan malapetaka bagi umat Islam.

Sejarah menunjukkan kejatuhan umat islam zaman Abbasiyah berlaku apabila umat islam tenggelam dengan ilmu yang banyak sampai tak tahu yang mana satu priority, tenggelam dalam kajian..sehinggakan diberitakan bahawa ulama’ ketika itu berbincang berapa jumlah malaikat yang mengangkat sebelah kepak nyamuk yang menyerang raja Namrud hingga kematiannya..

Maka akhirnya kita tidak habis disia – siakan dengan pelbagai ilmu, teori yang hangat diperdebatkan di kelas – kelas, university, pondok, surau yang mana tidak ada manfaat untuk ummah sedangkan masalah lain umat Islam ditindas, system ekonomi yang mundur, pendidikan ke belakang tidak dibincang.. malah lebih parah ada golongan umat Islam lain yang tidak minat dan bosan dengan golongan ‘cenderung agama’ ini beralih arah mencari pedoman dari ruang lingkup luar dari institusi ini melahirkan golongan yang diresapi pemikiran secular, haluan kiri, far right dan macam2 lagi ideology yang salah. Maka berlaku lagi pertembungan dan inilah punca kenapa umat Islam mundur dan mucul golongan haluan selain dari haluan islam yang membawa racun memusnahkan islam secara tidak sedar hasil daripada golongan ‘cenderung agama’ yang tidak habis2 membincang hal remeh.

Wallahua’lam