Bismillahirrahmanirrahim,
Umat Islam pada hari ini dilihat dari pelbagai pandangan yang berbeza. Tapi kebanyakan dari pandangan itu adalah bersifat negatif yang mana umat Islam dilihat sebagai umat yang agak mundur berbanding dengan negara Asia seperti Korea, Jepun, Taiwan apatah lagi jika dibandingkan dengan negara Kesatuan Eropah dan Amerika Utara.
Cuma ada beberapa negara umat Islam yang mana sejak era tahun 80 an ia mula bangkit hasil dari penemuan carigali minyak seperti UAE ( Dubai dan Abu Dhabi ) dan Qatar sebagai contoh..Lanskap padang pasir kering kontang berubah menjadi sebuah megacity yang indah dan sibuk. Tidak ketinggalan
Malaysia sebagai sebuah negara progresif dan pragmatik dan juga Brunei Darussalam..Namun rata - rata
negara umat Islam dilabelkan dengan kemiskinan, kemunduran dan tiada ruang demokrasi yang adil..
Kita sememangnya perlu mengakui bahawa label itu benar dan seharusnya kita memperbaiki tanggapan tersebut. Umat Islam selepas kejatuhan kerajaan Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924 secara rasminya, kita semua terkapai - kapai hilang arah tidak tahu ke mana mahu kita kemudikan kapal kita.
Dengan keadaan umat yang berpecah belah, wilayah yang luas dibahagikan kepada negara - negara kecil dan hasil bumi yang dikaut rakus oleh para penjajah, kita berada di keadaan paling bawah.. Starting from zero.
Yang lebih buruk muncul segelintir anak Islam sendiri yang mahu mereformasikan keadaan ini dengan menghapuskan budaya tamadun Islam dan mahu menggantikan dengan budaya pemikiran Barat yang terbukti kemodenannya..Sebahagiannya mungkin mereka yang kecewa dengan keadaan umat Islam yang dhaif malah
tidak dinafikan ada yang sengaja menjadi agen musuh bagi meneruskan agenda Yahudi untuk melemahkan negara Islam dan seterusnya mewujudkan kerajaan Israel Raya ( kerajaan nasi Sulaiman as )
Ini dapat dilihat dari sejarah di mana gerakan Tanzimat iaitu sekumpulan anak muda Turki yang dihantar belajar ke nagara Eropah Barat terkesan dengan arus kemodenan di tempat mereka belajar di Perancis di mana pencapaian ekonomi memberansangkan, sistem keadilan sosial dan kebebasan bersuara diamalkan.
Mereka mahu budaya dan cara pemikiran ini dibawa balik ke Turki bagi menjadikan ia sebuah negara berjaya seperti yang mereka lihat semasa menuntut ilmu di sana.
Tapi sayangnya cita - cita dan harapan murni ini telah disusup masuk/ telah diselewengkan oleh pihak agen Yahudi.. Mereka dimomokkan bahawa untuk mencapai kemajuan sebegitu rupa, kita harus meninggalkan ajaran Islam secara menyeluruh. Islam harus dipisahkan dari sistem pemerintahan, kehakiman, sistem ekonomi dan juga budaya warga Turki baru. Islam sebagai agama tidak ada masalah untuk diamalkan olh penganutnya cuma ia harus menjadi sekular seperti mana negara barat , urusan keagamaan diserahkan kepada pihak gereja. Saya ingin katakan bahawa ia adalah separuh benar dan separuh salah.
Kenapa saya bercakap begitu? benar kerana memang benar warga barat maju kerana bersikap sekular, tidak mencampur adukkan urusan negara dengan agama mereka ( kristian ) dan ini menjadikan mereka benar - benar orang yang terbuka dan berani menghadapi cabaran, tidak disempitkan pemikiran oleh kuasa/ penilaian sempit para pope , bishop kristian tentang dunia..ini adalah kerana agama mereka sendiri yang salah. Mana mungkin seorang yang berdosa boleh diampunkn dosanya oleh bishop dengan membayar sejumlah harga pengampunan kepada gereja? mana mungkin pemikiran sempit seperti larangan berkahwin untuk para pendeta..Ini menyekat fitrah manusia malah tindakan pope,sisters dan bishop yang hanya tinggal di biara dan gereja seolah - olah menjadi kan mereka elit dan pihak berautoriti dalam bidang agama dan cuba mengawal pemerintahan berdasarkan ideologi jumud mereka sudah pasti menjadikan mereka begitu tertutup malah dikhabarkan ketika Andalusia ( Spain hari ini ) sudah mempunyai lampu di jalan di kotanya, di London atau Paris pada ketika itu masih merupakan sebuah kota yang kotor , penuh dengan tikus dan tidak ada satu lampu pun menerangi jalan di kedua - dua kota itu!
Namun Islam datang dengan sebaliknya.. Umat Islam kita dimuliakan dengan Islam.. Jika kita tinggalkan islam maka jatuh hinalah kita seperti keadaan kita sebelum islam pada zaman jahiliah dahulu dan ini memang benar - benar terjadi sekarang! Islam datang menyatu padukan semua yang berpegang teguh dan beriman pada kalimah La ila ha ill Allah Muhammad Rasul Allah. Dari Kanada hingga ke Eropah merentasi Negara Arab, lalu terus Negara sub continent India, Korea, Jepun turun ke kepulauan Melayu dan terus ke New Zealand, kita semua serupa dan bersaudara. Kita diselamatkan dari sikap kepuakan, berbeza bahasa, budaya, warna kulit malah status.. Tiada pihak elit yang berautoriti yang mengeluarkan kata putus seperti agama Kristian di mana gereja mengeluarkan arahan mutlak dan harus diikuti penganutnya even dalam urusan pentadbiran. Malah umat Islam boleh sama – sama belajar dan berdampingan dengan para ulama’ yang bergerak di tengah – tengah masyarakat dan semua mempunyai wahyu yang sama datang dari Allah azza wa jalla.
Islam memandu bukan mengongkong. Terbukti ketika Islam bersama pemimpin, umat Islam menguasai hampir 2/3 dunia..
Umat Islam ada 3 kekuatan , yang pertama adalah kedudukan strategic Negara umat Islam di mana laluan perdagangan merentasi Negara umat Islam.. umat islam menguasai perairan di Teluk Aden, teluk Parsi, terusan Suez, selat Melaka.. kedua umat islam menguasai hasil bumi yang banyak, minyak , gas asli, emas, balak. Dan yang ketiga umat islam adalah ramai dan mudah membiak dengan pantas, tidak ada kekangan had anak seperti di Negara komunis China malah adanya system poligami. Maka umat Islam adalah umat yang sedang tidur. Kita perlu bangkitkan mereka ,sedarkan mereka dari lena yang panjang. Hentikan dari mencari ideology yang sesuai yang boleh membawa kepada kemajuan kita semua. Islam telah membuktikan kita pernah Berjaya dengan Islam dan rahmat dari Allah SWT. Islam jika dihayati benar – benar prinsip keadilan, prinsip pembahagian harta menerusi system sadaqah, zakat akan melahirkan umat yang berjaya dari segi ekonomi. Prinsip amanah, jujur, berkata benar akan menjadi umat ini bebas dari segala kebejatan sosial yang melanda kita. Prinsip ini diambil oleh barat setelah jatuhnya kita dan mereka laksanakan di sana sehingga wujudnya zaman keemasan zaman Renassaince setelah mereka hilang punca berada di Dark Ages sebelumnya.
Umat Islam lupa bahawa prinsip dan intipati agama inilah yang menjadi kan kita pernah maju dan kemajuan yang kecapi oleh tamadun Barat sekarang. Bahkan perlembagaan United States sendiri mengambil Al Quran sebagai rujukan dan prinsip asas Islam sebagai tiang tiang asas pembinaan Amerika sebagai sebuah Negara moden hari ini. Sayyid Qutb pernah berkata “Di barat, aku lihat Islam tanpa Muslim, di Timur aku lihat Muslim tanpa Islam"
Kita terlalu memikirkan hal – hal remeh atau perkara khilaf sampaikan kita lupa prinsip asas yang lebih luas. Kita bergaduh sesama umat Islam sebab berbeza aliran contohnya berbalah antara golongan salafi yang tidak setuju dengan membaca yasin pada malam jumaat yang merupakan bidaah kerana nabi tidak buat yang mana ini bertembung dengan kumpulan ulama’ pondok yang mengatakan ini adalah tradisi di alam melayu dan sebahagian syiar Islam, bergaduh samada Al Quran itu adalah kalam Allah atau makhluk ( pertembungan Muktazilah dan Ahlus Sunnah wal jamaah ).. Ini merupakan malapetaka bagi umat Islam.
Sejarah menunjukkan kejatuhan umat islam zaman Abbasiyah berlaku apabila umat islam tenggelam dengan ilmu yang banyak sampai tak tahu yang mana satu priority, tenggelam dalam kajian..sehinggakan diberitakan bahawa ulama’ ketika itu berbincang berapa jumlah malaikat yang mengangkat sebelah kepak nyamuk yang menyerang raja Namrud hingga kematiannya..
Maka akhirnya kita tidak habis disia – siakan dengan pelbagai ilmu, teori yang hangat diperdebatkan di kelas – kelas, university, pondok, surau yang mana tidak ada manfaat untuk ummah sedangkan masalah lain umat Islam ditindas, system ekonomi yang mundur, pendidikan ke belakang tidak dibincang.. malah lebih parah ada golongan umat Islam lain yang tidak minat dan bosan dengan golongan ‘cenderung agama’ ini beralih arah mencari pedoman dari ruang lingkup luar dari institusi ini melahirkan golongan yang diresapi pemikiran secular, haluan kiri, far right dan macam2 lagi ideology yang salah. Maka berlaku lagi pertembungan dan inilah punca kenapa umat Islam mundur dan mucul golongan haluan selain dari haluan islam yang membawa racun memusnahkan islam secara tidak sedar hasil daripada golongan ‘cenderung agama’ yang tidak habis2 membincang hal remeh.
Wallahua’lam
No comments:
Post a Comment