janganlah kamu turuti langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu.
Tetapi, jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti
kebenaran, maka ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana."
(Al Baqarah: 208-209)
"Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu"
(Al Baqarah: 208-209)
"tegakkanlah daulah islam dalam dirimu,nescaya islam tertegak di bumimu" (ulama')
Firman Allah s.w.t.: lagi “Dan jika mereka berpaling, nescaya
Allah akan mengazab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat.”
(Surah al-Tawbah, 9: 74)
Dalam ayat di atas, Allah swt memerintahkan kita supaya terus masuk ke
dalam islam secara keseluruhan.
Apabila dikaji, ini bermaksud bahawa setiap apa tindakan kita mestilah
berlandaskan pada Al Quran dan sunnah, dua sumber utama dalam Islam.
Tidaklah dikatakan kaffah atau kesuruhan ( total ) apabila undang
– undang/hukum / peraturan islam hanya diguna pakai ketika kita hendak
berkahwin. Baru sibuk hendak mencari tok kadi dan masjid.
Bukanlah islam itu hanya dicari ketika solat jumaat, berpusu – pusu ke
masjid mendengar khutbah.
Bukanlah islam hanya digunapakai ketika hendak bercerai di mahkamah -
mahkamah syariah
Atau digunapakai hanya ketika hendak mewariskan harta, hendak
menentukan anak bulan bila berpuasa di bulan Ramadan, bila raya aidilfitri,
bila nak ke Mekah menunaikan haji atau bila mati ( dimandikan, kapankan, dan
tahlil)
Adakah sekadar itu sahaja?
Di mana hukum islam diletakkan ketika di luar masjid, mahkamah syariah
dan di luar majlis2 atau upacara di atas?
Di mana islam, di mana Allah selain dari waktu solat?
Kita
mengharapkan Allah yang disembah dalam solat itu jugalah Allah yang
disembah di luar solat.
Dalam setiap perkara mestilah Allah dan islam dijadikan asas penilaian
kita, neraca pertimbangan dalam setiap tanduk kehidupan kita.
Kita wajar utk menilai kembali di mana neraca kita ini apabila
berhadapan / berada dalam ruang kehidupan seharian kita
Di mana akhlak kita, sikap kita semasa bersosial, berkomunikasi,
bergaul, bersahabat?
Bekerja, menuntut ilmu, mencari rezeki?
Adakah kita selarikan dgn tuntutan agama kita, tuntutan syarak atau di
luar dari acara2 di atas, kita main sapu saja?
Teknologi
Facebook, twitter medium baru. Maklumat berkembang pantas, tersebar
luas.
Namun jika tidak diurus dengan baik, maka segala yang buruk juga dengan
mudah terdedah.
Apa sahaja yg di hati di ‘ tweet’ . tk puas hati dgn si polan dan sekian
perkara – juga di ‘tweet’ atau di tulis di status facebook.
Rasa gelojak, dendam, ketidakpuashatian, apa sahaja dgn mudah didedahkan
hanya dgn teknologi ini.
Segala perkara yg selama ini terhijab tnpa pndangan orang melainkan
Allah dan kita tersebar dan ditatap dgn mudah.
Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Nabi Sallallahu
'alaihi wasallam bersabda bermaksud :
Di mana akhlak kita?
Melayu
kita – makan babi haram
Arak selamba boleh teguk. Pergilah tengok di sekitar ibukota Malaysia,
banyak.
Mengumpat mencela tak da masalah.. menipu dalam mencari
rezeki, halalkan rasuah.
Matlamat halalkan cara - prinsip Niccolò Machiavelli
Tapi bila sampai part makanan – “ bro
ini ada babi ka? Babi tk boleh makan, haram wo..”
Renung – renung sejenak situasi di
atas.
Ditipu dengan Istilah
Kejatuhan umat islam sebab kita
tinggalkan Islam.
Kita dimuliakan oleh islam.. tanpa
islam, apa yang tinggal pada kita?
Setelah jatuhnya sistem khalifah pada
1924,pelbagai budaya dan ideologi cara pemikiran selain islam dibawa masuk ke
Negara islam.
Umat islam dimomokan dengan pelbagai
alasan bahawa sistem islam tidak ‘compatible ‘ dan tidak memajukan kita semua..
Umat islam ke belakang.
Pelbagai tawaran dan alternative
diberikan.
Dari istilah yang simple seperti hak
asasi manusia hingga ke istilah yang memeningkan seperti Egalitarianism , semuanya hendak memesongkan
umat ini.
Kita diajar untuk maju dan bangun,
mesti mencontohi sistem alternative ini selain islam.
Tapi secara jujurnya, pergi lihat
sendiri di negara mereka.
Hak asasi dan kebebasan bersuara?
Hijab diharamkan di Perancis, menara masjid tidak dibenarkan dibina di Swiss
sedangkan di negara umat islam begitu lantang melaungkan prinsip kesamarataan,
kebebasan agama lain diamalkan tapi in their own land, “owh no this is against
our culture’
Apa ini? HIPOKRIT
Jangan tertipu dengan dakyah dan
istilah – istilah yang mengelirukan.
Para sosialis dan komunis yang
berbangga dengan daulah komunis yang berkiblatkan
Moscow dan Beijing. Lihat apa jadi
pada 2 negara impian para aktivis komunis/ sosialis ini?
Soviet Union runtuh pada 1991 ..Kini
Beijing sendiri membuka pasaran bebas di bawah wilayah ekonomi baru shenzhen
sbgai contoh.
Mana kitab karl max yg dilaung –
laungkan tu? dh campak ke mana?
Ideologi kapitalis yang dicanang
amerika oleh mereka yg berkiblatkan Washington DC dan New York serta
London..hari ini menyaksikan satu demi satu muflis dan jatuh ekonomi mereka...
Belum tambah lagi dgn masalah
keruntuhan moral sehinggakan one of my genetics lecturer told us in class..
“ ¼ of Germany/Czech population , the
children born with unidentified father. Who are the fathers of these child?
this is why Mohamad ( our prophet ) put a very strict rules regarding woman
1400 years ago..”
Ini bukan zaman slogan – tapi zaman
pelaksanaan
Balik pada firman Allah :
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam
Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah setan.
Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu. Tetapi, jika kamu menyimpang
(dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka
ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana."
Kita laung – laungkan islam way of
life, islam is the only solution
Tapi mana nak percaya kalau apa yg
dilihat tidak sama dengan apa yang dikata?
Zaman slogan sudah berakhir.
Praktikan islam , tonjolkan keindahan
islam dan dengan sendiri Islam kembali menjadi kebanggaan kita.
Bagaimana? Belajar dan mula dengan
diri.
Kemudian ajak yang lain bersama kita.
Wallahua’lam
No comments:
Post a Comment